Bukan Nak Menagis Simpati... Tapi Mau Jadi Kan Saksi Untuk Berubah.. Sila Berikan Komen2 Anda Tuk Direnung Kan...
Taubat adalah awal membersihkan niat beramal kekuatan tetap melangkah menggapai cita tanpa lelah Taubat adalah pertengahan dosa dapat tergugurkan penjagaan dari keterjerumusan tetap lurus dalam tujuan Taubat adalah akhir pengakuan dari sang faqir membersihkan noda yang ada menyerahkan pada yang Kuasa …

Monday, 25 April 2011

Kehilangan !!!


Assalamualaikum !!!
Dah 6 Tahun Aku Kehilangan Mak Aku Yang Aku Sayang Sangat Sangat....
Mak Aku Meninggal Sebab Mengalami Pendarahan Masa Melahirkan Adik Aku...
Masa Tu Aku Baru Nak Ambik Exam Percubaan SPM...
Yang Aku Paling Sedih Giler Adalah Aku Takda Kat Dekat Dengan Dia Masa Dia Menghembuskan Nafas Terakhir...
3 Hari Aku Tak Pegi Tengok Dia Kat Hospital... Sebab Aku Jaga Adik Aku Yang Baru Lahir Tu Kat Rumah.... Mak Aku Meninggal 17 Hari Selepas Adik Aku Dilahirkan...

Masa Mak Lahirkan Adik, Opah Aku Letak La Adik Aku Kat Sebelah Dia...
Mak Saya Tak Pandang Langsung Adik Aku Tu Sambil Mengalirkan Air Mata Sedih...
Opah Kat Mak Tak Mau Tengok Sebab Mak Rasa Mak Takdapat Jaga Adik Dah...
Hrrmmmmm...

Pada Mulanya Doktor Kata Mak Dah OK Dah...
Dan Selang Beberapa Ari Pihak Hospital Call Cakap Mak Dah Tenat...
Terus Abah Capai Kunci Kereta Dan Bawak Aku Gi Hospital...
Dalam Pertengahan Jalan Hospital Call Lagi Cakap Mak Dah Takda...
Abah Brek Kereta Tetiba N Berpusing Kereta...
Abah Cakap Kat Aku Mak Dah Takda...

Aku Tak Mengeluarkan Air Mata Langsung Pada Masa Tu...
Masa Tu Aku Cuba Jugak Nak Nangis, Tapi Tak Boleh...
Sampai Je Kat Hospital Abah Suruh AKu Pegi Wad Mak Ambik Barang2 Dia...
Abah Pegi Bilik Mayat Dulu...
Masa Tengah Kemas2... Aku Terjumpa Straw Yang Mak Guna Masa Mak Guna Masa Mak Sakit....
Terus Bercurah Curah Air Mata Aku Ni Tekenangkan Seksa Nya Mak Masa Tu...
Aku Duk Menangis Sampai Keluar Darah Kat Idung Ni...

Sampai Je Aku Bilik Mayat... Aku Tenggok Jenazah Mak Muka Pucat Jer...
Meleleh Lagi Air Mata Aku Ni... Tak Tahan Gilaa Aku Tengok Mak Dalam Bilik Sejuk Tu...

Aku Ikut Van Jenazah Bawak Jenazah Mak Pulang Ke Kampung...
Tibanya Di Kampung Aku Tengok Ramai Gila Kat Rumah Masa Tu... 
Turun Nyer Aku Dari Van Jenazah Semua Adik2 Mak Aku Peluk Aku Nangis Nangis...
Mak Selamat Dikebumikan Di Kampung...

Setiadanya Mak Aku.. Aku N Family Semua Tinggal Dengan Opah Aku...
Dia Yang Jaga Adik Kecik Tu... Aku Besyukur Ada Opah Lagi...

Selang 7 Bulan... Dalam Pukul 1 Pagi.. Tetiba Opah Aku Kene Serangan Jantung...
Terus Pakcik Aku Bawak Gi Hospital... Taksempat Sampai Hospital Opah Dah Takder...
Masa Jenazah Opah Sedang Diurus Kan...
Aku Ni Asal Tengok Adik Kecik Aku Jer Jadi Sebak Giler...
Tak Tahan Keluar Gak Air Mata Aku Ni...
Aku Nangis Sebab Aku Rasa Sapa Laa Yang Nak Jaga Adik Aku Ni...
Opah Ngan Mak Dah Takder...

Aku Rasa Itulah Kali Terakhir Aku Mengeluarkan Air Mata Kot...
Lepas Mak Meninggal Aku Banyak Sembahyang Dan Doa Kat ALLAH Supaya Tempatkan Mak Di Tempat Yang Baik...
Lepas Seminggu Aku Tak Sembahyang Pon.. Doa Lagi Laa Tak...

TApi Sekarang Aku Baru Sedar Yang Mak Dan Opah Perlukan Aku Untuk Sembahyang Dan Berdoa Kepada Mereka Dari ALLAH...
Masa Mak Ada Aku Ni Selalu Melawan Cakap Dia...
Selalu Tengking Dia Bila Dia MArah Aku...
Selalu Tipu Dia...

Banyak Nyer Dosa Aku KAt Dia...
Mak Ampun Kan Tak Dosa AKu Ni...

Aku Berdoa Pada ALLAH Supaya Tempatkan Mereka Dalam Golongan Yang Baik2.. AMin..
Aku Akan Berdoa Ari PAda ALLAH...

Ampun Kan Saya Mak... Saya Banyak Buat Salah Ngan Mak... Kalau Mak Tak Ampun Kan Saya Redha Mak... Saya Menyesal Mak....

Dulu Ada Aku Siya Siya Kan... Dah Tak Ada Baru Nak Menyesal...
Sumpah Aku Ngah Sedih Masa Tengah Tulis Ni...

So, Sapa Sapa Yang Ada Mak Dan Abah..
Jangan La Siya Siya Kan Mereka Sementara Mereka Masih Ada Ni...
Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu...
Moga ALLAH Ampunkan Dosa Aku.. 
Amin..







Sunday, 24 April 2011

Kerugian Yang Kosong !!!



Assalamualaikum !!!
Disini Aku Nak Ceritakan Yang Aku Ni Pernah Menunaikan Umrah Di Makkah....
Bukan Nya Sekali Aku Pegi Tapi Dua Kali Kot...
Tapi Semua Tu Semua Tak Berguna Kerana Aku Tetap Teruk Jugak...
Buat Rugi Je Aku Pegi Sana Kan... Balik Ke Malaysia Buat Dosa Jugak...


Baru Sekarang Aku Rasa Aku Ni Terlalu Bodoh Gila...
Rasa Nak Hentak Je Kepala Ni Kat Dinding Kuat Kuat...
Orang Lain Berpusu Pusu Nak Pegi Kemekah Untuk Mencari Amalan...
Sanggup Abiskan Duit Demi Ibadat... Yang Aku Ni Dapat Pegi Free Pun Masih Tak Mau Berubah...


Ya ALLAH...
Jika Diberikan Peluang Sekali Lagi Untuk Kesana Lagi... 
Aku Akan Memunaikan Ibadat Dengan Bersunguh Sungguh... Amin..
Pada Hari Ini Aku Rasa Aku Baru Dapat Hidayah Dari ALLAH...
Aku Dah Tak Mau Buat Benda Benda Yang Jahil Lagi... Memang Merugikan...
Selama Hari Ini Apa Yang Aku Buat Semua Tak Dapat Berkat...
Penuh Dengan Masalah Sahaja... Tidak Pernah LAri Dengan Masalah...
Kenapa Lah Aku Tak Sedar Dari Dulu Lagi...


Selepas Slow Slow Menuju Kejalan ALLAH Ini Aku Sekarang Rasa Tenang...
Aku Rasa Seronok Sekarang... Tetapi... Boleh Ke Aku Bertahan Macam Ni...
Rasa Hina Kalau Aku Tak Terus Kan Perjalan Kejalan ALLAH Ini...


Titisan Demi Titisan Mengalir Dari Mata Aku Bila Terkenangkan Pekara Lalu...
Tapi Sekarang Ni Aku Nak Buang Semua Tu...
Dan Bina Kehidupan Baru Yang Lebih Selesa Dan Di Diredhai ALLAH... Amin



Saturday, 23 April 2011

Bersujud !!!



Assalamualaikum !!!
Aku Ni Sekarang Berumur 23 Tahun Dah... Dah Besar Dah Tuk Fikir Mana Baik Mana Buruk...
Tapi Agak Agak Aku Ni Pernah Sembahyang Berapa Kali Dalam Masa 23 Tahun Ni...
Aku Rasa Ada La 3 Tahun Je Kot...


Masa Mak Aku Meninggal Pon Aku Sembahyang Seminggu Je...
Lepas Tu Lebuh Tak Sembahyang Dah...
Rasa Terkilan Apa Yang Aku Dah Buat Dowh...
Aku Ni Dulu Sembahyang Pon Sebab Ada Masalah Je...
Kalau Tengah Happy Kopom Aku Takan Sembahyang...


Tapi Aku Sekarang Baru Sedar Yang Sembahyang Itu Lah Yang Akan Dekat Kan Kita Pada ALLAH...
Aku Sekarang Teringin Sangat Sembahyang Dan Berdoa Hingga Mengalirkan Air Mata...
Mampu Ke Aku Sampai Ke Tahap Tu....
Mampu Ke Aku Sembahyang 5 Waktu Sehari...
Mampu Ke Aku Tak Terpedaya Ngan Hasutan Syaitan Ni...


Dengan Banyak Mengingati ALLAH Ini, Mesti Aku Boleh Buat Kan...
Mesti Aku Boleh Sembahyang Dengan Kusyuk...
Mesti Aku Boleh Sembahyang 5 Waktu Sehari...
Mesti Aku Boleh Lawan Hasutan Syaitan Kan...


Sama Sama La Kita Berdoa Untuk Mendapat Kesejahteraan Dari ALLAH...
Dan Sama Sama La Kita Beribadat Pada ALLAH...


AKu Rasa Sedih Gila Sebab Aku Tak Sembahyang Dulu...
Sedih Sangat Sangat...
Tak Pernah Lah Aku Keluarkan Air Mata Ini Demi ALLAH Hingga Hari Ini...
Aku Bersyukur Pada ALLAH Sebab Telah Memberi Peluang Pada Air Mata Aku Ni Keluar Demi Nya Sekarang... Alhamdulillah...


HIDUPKU..MATIKU..SUJUDKU..HANYA PADA MU YA ALLAH

Friday, 22 April 2011

Penyesalan !!!



Assalamualaikum !!!
PENYESALAN... Apa Yang Aku Ingin Cerita Disini Adalah Tentang Kehidupan Aku Yang Bergelumbang Dengan Dosa Dosa Kecil Mahupun Besar....


Aku Ini Adalah Seorang Insan Biasa Yang Hanya Berteduh Didunia Ciptaan ALLAH...
Aku Sudah Dapat Rasakan Sekarang Yang Aku Ni Bukan Sahaja Jahat Tetapi Jahil Gila...
Suka Bersosial Lagi Daripada Beriman Kepada ALLAH...
Apa Yang Aku Takpernah Lakukan... Semua Aku Buat... Tapi Semua Benda Yang Tak Berfaedah...
Clubing, Jarang Nak Sembahyang, Mencuri, Melawan Cakap Orang Tua, Menipu, Dan Macam Macam Lagi Laa... 
Semua Kejalan Kejahilan...
Sampai Bila Aku Nak Macam Ni... Bergelumbang Ngan Maksiat Sahaja...
Sampai Mati Kah Aku Akan Berperangai Sebegini...
Kompom Masuk Neraka Punya...


Hari Ini Aku Terbaca Status Salah Seorang Kawan Aku Yang Bernama Wan Farhan...
"kesedaran datang darrpada diri sendiri..limpahan hidayah datang daripada ALLAH Taala..perbanyakkan amalan untuk di bawa ke akhirat..indahnya syurga..seksanya neraka" -Wan Farhan-


Aku Terdiam Dan Terfikir Seketika Dengan Kata Kata Yang Ditulis Oleh Nya...
Boleh Ke Aku Bawak Amalan Aku Yang Terlampau Sikit Ini Untuk Dibawa Ke Akhirat...
Boleh Ke Aku Masuk Syurga Yang Indah Itu Atau Dihumban Ke Neraka Yang Teruk...


Selepas Itu Aku Terus Hubungi Wan Farhan Untuk Menanyakan Pendapat Dia...
Dia Bagi La Nasihat Kat Aku Untuk Kejalan ALLAH...
Yang Paling Tersentuh Sekali Dia Katakan Ialah...
"ringan itu tinggalkan solat.. yang dekat adalah mati.. setiap 27 minit malaikat maut ziarah kita"


Pada Hari Ini Aku Telah Mengalirkan Air Mata Yang Dah Lama Terpendam...
Aku Ingin Bertaubat...
Aku Mesti Boleh... Jika Wan Farhan Boleh, Aku Pon Boleh Jugak...
Umur Dah Semakin Meningkat Tetapi Amalan Pada ALAAH Tak Penah Buat Langsung...
Untuk Kebaikan Aku Jugak Semua Ni Kan...
Cayoook Migo !!!


Terima Kasih Wahai Sahabat Ku Paan Kerana Tolong Aku Untuk Kejalan Yang Benar...













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...