Bukan Nak Menagis Simpati... Tapi Mau Jadi Kan Saksi Untuk Berubah.. Sila Berikan Komen2 Anda Tuk Direnung Kan...
Taubat adalah awal membersihkan niat beramal kekuatan tetap melangkah menggapai cita tanpa lelah Taubat adalah pertengahan dosa dapat tergugurkan penjagaan dari keterjerumusan tetap lurus dalam tujuan Taubat adalah akhir pengakuan dari sang faqir membersihkan noda yang ada menyerahkan pada yang Kuasa …

Wednesday 27 July 2011

Munafik VS Hipokrit !!!


Assalamualaikum...
Aku baru jer tengok citer Cerekarama Takbiratul Ihram yang dilakonkan oleh Remy Ishak... Best citer tu..
Citer tu mengenai orang yang munafik... Korang semua patut tengok citer tu....
So arini aku nak citer laa sikit mengenai orang munafik ngan orang hipokrit....
Aku rasa sama ja dua ayat ni....

Aku masih lagi terngiang-ngiang lagi kat telinga ini tentang seseorang yang rasanye kurang pengalaman dan masih cetek ilmu tetiber..mengeluarkan ayat "awak semua ni munafik!!!"..terkejut aku dengar ayat tu..

Ayat tersebut diluahkan oleh seseorang hamba Allah yang masih cetek ilmu kurang pengalaman, masih lagi mentah untuk berkata-kata seperti itu..

Aku ni pon bukan laa pandai sangat tetang agama ni, tapi  terkesima jugak la dengar kata-kata tu camtu....

Cetek sungguh ilmu, bercakap tak pikir sedangkan diri sendiri tidak paham apa itu munafik, sedangkan ustaz bagi ceramah pun akan meluahkan kata seperti "jangan jadi macam orang munafik"..siapakah kita?layakkah kita nak berkata kepada seseorang itu munafik..

Sedangkan maksud munafik itu sendiri dari segi bahasa, munafik membawa maksud berpura-pura... Manakala dari segi istilahnya, nifaq atau munafik ini bermakna golongan yang berpura-pura menjadi Islam atau bergelar Muslim tetapi sebenarnya tindakan, perkataan dan perbuatan mereka adalah bertujuan meruntuhkan Islam,'' contonhya mengaku islam hanya pada mulut tetapi masih lagi melakukan perbuatan yang dilarang Allah, suruhan ditinggalkan..masih lagi meneguk air syaitan, mulut apabila ditanya agama apa? jawapan masih lagi agama islam, tetapi perbuatan tingkah laku, gaya hidup tidak menunjukkan islam, masih tunjukkan kekufuran pada Allah....


MUNAFIK/ NIFAQ
Pura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah

CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK
Berdusta apabila bercakap
Khianat apabila diberi amanah
Bersikap melampaui batas apabila bertengkar
Selalu mungkir janji

CARA MENGELAKKAN DIRI DARI MEMILIKI SIFAT NIFAQ
Meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah
Bercakap benar apabila berbicara
Bersifat jujur dan amanah
Menunaikan janji

AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIKAP NIFAQ
Menghilangkan sikap percaya-mempercayai
Melemahkan perpaduan masyarakat
Menghancurkan kekuatan umat islam

Bagaimana pula dengan hipokrit?
Hipokrit dan munafik apa bezanya?? dari segi bahasa nampak macam sama kan..hipokrit jika digunakan dalam istilah munafik, munafik bermaksud hipokrit terhadap agama
hipokrit bermaksud mengeluarkan kata-kata atau kepercayaan yang x tetap pendirian, hidup dok berpura-pura tak seperti yang digambarkan..

Depan cakap lain, belakang cakap lain..depan tunjuk baik belakang pijak semut pun tak mati.. Orang yang bercakap tentang dirinya tetapi tidak seperti yang diperkatakan..

p/s : So korang jauh kan laa sikap munafik or hipokrit ni.... kalau ade kengkawan kita dok bersikap camni sila nasihat dia... jika tak makan jugak jauh kan laa orang camgini... hehehe... Wassalam

Di Sebalik Surah An'Nur 26 !!!



Assalamualaikum....
Hari aku tertarik ngan surah ni... Sebab nyer ade seorang sahabat aku ni tetiba bagi sms tentang ayat ni...
Aku tanyer laa dia apa maksud sebenar ayat ni... Dia cakap tanyer laa Cik Google... Hahahahha
So hari ni aku pegi laa tanyer Cik Google tu.... Lepas tanyer dan kaji nyer ini lah result NYER....

Ayat ini disebut turun sempena peristiwa fitnah ke atas A'isyah radiallahu anha. Maksudnya, seseorang yang bersuamikan orang yang baik, dia juga adalah orang yang baik. Memandangkan A'isyah bersuamikan Rasulullah s.a.w. yang baik, maka A'isyah juga adalah baik.

Kaedah tafsir menyebut :
Sebab-sebab turun sesuatu ayat tidaklah membatasi pengajaran ayat tersebut jika ia (ayat itu) diturunkan dengan lafaz yang umum...

Kaedah tafsir juga menyebut :
Ayat yang bersifat umum hendaklah difahami secara umum melainkan wujudnya nas lain (sama ada drpd al-Qur'an atau hadis yang sahih) yang mengecualikan keumuman tersebut...

Pengecualian memiliki beberapa peranan, antaranya ialah menerangkan fungsi sebenar sesuatu ayat yang umum tadi.

Kaedah tafsir juga menyebut :
Ayat yang bersifat perintah, penegasan dan penetapan hendaklah diungguli di atas ayat yang bersifat pengkhabaran dan anjuran.

Kaedah usul pula menyebut :
Sesuatu istilah atau ayat hendaklah difahami berdasarkan keseluruhan petunjuk syari`at, sama petunjuk jelas (qath`i) yang berdiri dengan sendirinya atau petunjuk samar-samar (dzanni) yang apabila dihimpun bersama dapat mengarah kepada satu petunjuk yang jelas juga....

Berdasarkan 4 kaedah ini, boleh dibahas ayat 26 surah al-Nur di atas sebagai :

Pertama :
Sekalipun ianya diturunkan kepada A'isyah radiallahu `anha, keumuman ayat tersebut menjadi pembimbing bagi seluruh umat agar mencari yang baik sebagai pasangan hidupnya....

Kedua :
Kes Nabi Nuh `alaihi salam dan isterinya, Nabi Lut `alaihi salam dan isterinya serta kes Asiah radiallahu `anha dengan suaminya Fir`aun adalah pengecualian daripada keumuman ayat di atas....

Pengecualian 3 kes di atas dan lain-lain menunjukkan ayat 26 surah al-Nur bukanlah penetapan Allah ke atas manusia tetapi adalah pengkhabaran Allah kepada manusia tentang apa yang sepatutnya dijadikan bimbingan oleh mereka....

Ketiga :
Ayat 26 surah al-Nur bersifat pengkhabaran manakala saling menasihati, berdakwah dan Hisbah (`amar maaruf & nahi mungkar) antara sesama manusia, juga antara sesama pasangan suami isteri, adalah merupakan perintah sama ada di dalam al-Qur'an atau al-Hadis. Mencari pasangan yang terbaik dari sudut agama juga merupakan suruhan agama (Hadis Sahih Muslim)....

Justeru ayat 26 surah al-Nur di atas tidak boleh mengenepikan usaha mencari pasangan yang baik, saling menasihati, berdakwah dan Hisbah (`amar maaruf & nahi mungkar) sesama pasangan suami isteri....

Keempat :
Istilah "Baik" dan "Jahat" hendaklah difahami berdasarkan keseluruhan petunjuk syari`at dan bukan mengikut tafsiran manusia yang terbatas.....

"Baik" di sisi Allah ada yang faedahnya serta merta dapat dikesan oleh manusia dan ada yang faedahnya hanya dapat dikesan oleh manusia setelah beberapa tempoh, malah mungkin tidak dapat dikesan langsung sepanjang hidupnya.

Sebagai contoh: Adakalanya sesuatu kejahatan di sisi manusia adalah jalan yang mengarah kepada kebaikan di sisi Allah, sebagaimana kejahatan Fir`aun adalah jalan yang telah menaikan darjat Asiah sebagai salah satu daripada 4 wanita termulia di dunia.

Maka dari sudut yang lain, Fir`aun adalah seseorang yang "baik", kerana dengan kejahatannya Asiah telah mendapat darjat yang mulia manakala manusia pula, dengan membaca kisah Fir`aun dalam al-Qur'an, dapat menjadikan dia sebagai teladan untuk membaikan diri mereka.


p/s : Maka konklusi yang aku dapat ialah Allah sentiasa memberi yang terbaik, namun kadang kadang Allah memberikan sesuatu yang buruk bagi mencapai kebaikan itu.... Wassalam..

Tuesday 26 July 2011

Oprah Winfrey Dan Kebenaran Islam !!!

Assalamualaikum.....
Baru2 ni saya baru saja menonton dan terpesona dengan salah satu episod talk show paling popular di dunia, iaitu The Oprah Winfrey Show.

Dalam episod yang ditayangkan itu, fokus bual bicara adalah tentang diskriminasi terhadap umat Islam. Ceritanya tentang seorang lelaki dari AS yang benci terhadap Islam diajak tinggal bersama sebuah keluarga Muslim selama sebulan dan disuruh ‘menyamar’ sebagai seorang Muslim, lengkap dengan janggut dan pakaian yang dipakai oleh orang-orang Arab. Salah satu misinya adalah untuk mengetahui kehidupan seorang Muslim yang sebenarnya dan merasakan sendiri bagaimana menjadi seorang Muslim yang sering menerima diskriminasi oleh kebanyakan warga AS.

Pendek kata, dia dapat memahami dan mengalami sendiri bagaimana pahitnya menjadi seorang Muslim yang dicurigai hanya kerana memeliki janggut dan memakai pakaian islam yang sopan, padahal semua tuduhan itu sama sekali tanpa bukti. Dia telah berjalan jalan di kota dengan penampilan seperti itu, dan kebanyakan respon yang diberikan orang sekitar terhadapnya sangat menyakitkan.

Bahkan sebagian besar warga AS yang diajaknya berbincang secara bersemuka menolak untuk tidak mendiskriminasikan umat Islam kerana mereka yakin dan percaya bahawa semua Muslim adalah pengganas.

Di sudut lain, 30 hari yang dihabiskannya bersama sebuah keluarga Muslim benar-benar menunjukkan sebaliknya dari apa yang dia jangkakan selama ini. Dia merasakan bahawa keluarga itu sangat bahagia, walaupun banyak yang tidak difahami, namun dia mengakui bahawa banyak masalah dapat diselesaikan dengan ajaran Islam.

Salah satu kisah yang paling menarik adalah ketika lelaki itu duduk berdua duaan dengan isteri tuan rumah di sebuah ruangan rumah.

Kemudian tuan rumah datang dan mengatakan bahawa dalam Islam tidak dibenarkan berduaan duaan di tempat yang tidak mempunyai orang. Ini kerana pihak ketiga akan muncul iaitu Syaitan yang akan menggoda manusia melakukan maksiat.


Perkara ini di fikirkan oleh lelaki bukan islam tersebut dan berfikir ini adalah prinsip yang benar-benar gila. Tetapi di hadapan Oprah dan semua penonton di studio ketika itu, akhirnya dia mengakui bahawa prinsip hubungan diantara berlainan jantina dalam Islam seperti yang dialaminya benar-benar dapat menyelesaikan banyak masalah yang terjadi dalam pergaulan sosial di AS yang serba bebas.

Pencabulan, perzinaan, sex songsang, sehinggakan penyebaran HIV / AIDS pun dapat dicegah dengan jalan Islam, lebih efektif daripada cara apa pun dan tidak memerlukan kos.

Pengakuan ini membuatkan saya terkejut mendengar pengakuannya. Saya tidak menyangka seorang bukan islam dengan begitu beraninya mengakui kebenaran Islam di hadapan jutaan penonton melalui televisyen.

Walaupun saya mengakui keberanian Oprah dalam mengangkat cerita cerita yang kontroversi, saya tetap terkejut melihat bagaimana dia berani mengenengahkan cerita ini di sebalik arus media yang berterusan menghentam umat Islam yang dikatakan pengganas

Anda boleh melihat sendiri betapa buruknya Islam di pendangan mata kebanyakan orang. Oprah telah membuka jalan bagi syiar Islam, iaitu dengan membuktikan bahawa keteladanan akan menghancurkan semua kesimpulan dan tanggapan yang salah.

Kalau mereka tidak mahu percaya pada kata-kata, maka buktikanlah dengan perbuatan. Buktikanlah bahawa umat Islam bukan pengganas. Kita harus membuktikan bahwa kita adalah sebenar-benarnya umat terbaik (khairu ummah) yang mampu memberikan penyelesaian bagi setiap masalah. Kita harus menjadi umat yang menyenangkan, bukan menjadi beban kepada dunia.



Dan kita memang mampu memberikan penyelesaian yang paling bagus, asalkan kita terus berpegang pada Al-Qur’an dan Al-Hadits. Tidak ada petunjuk yang lebih jernih daripada keduanya. Sesungguhnya kebenaran adalah kebenaran. Tidak peduli ras mana pun, bangsa apa pun, atau bagaimana pun keadaannya, kebenaran akan selalu diterima sebagai kebenaran. Kalau mereka menolak, mungkin kerana mereka belum melihat buktinya.

p/s : Tugas kita sekarang adalah memberi pembuktian.....

Sedap Nye Arak Ini !!!



Assalamualaikum.......
Korang nak tahu tak zaman sekarang serba modern. Anak-anak remaja di bangku sekolah lagi dah pandai minum arak...! Kalau mak bapak menyerong, anak anak pun ikot menyerong lah ! Hurm...Kes orang islam minum arak bukan lagi satu perkara biasa yang kita dengar kan? Mungkin diorang tak takut dengan seksaan yang dijanjikan oleh Allah bagi orang yang meminum air kencing setan ni......

Hukum Minum Arak
Minum arak, korang nak tahu tak hukumnya adalah haram, sama ada sedikit atau banyak, mabuk atau tidak, kecuali ketika darurat, dan arak itu adalah najis ainnya. Firmannya:-

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor(najis/keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. - Surah al-Ma''idah: 90

Hukum Orang Yang Minum Arak
Dalam qanun jinayah Syar'iyah seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk atau tidak, wajib dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali sebat dan tidak kurang dari empat puluh kali sebat, hukuman ini adalah berdalilkan hadis rasulullah saw yang diriwayatkan dari Ali Ibn Abi Talib ra:-

Rasulullah saw telah menyebatkan orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebat, dan Saidina Abu bakar telah menyebat sebanyak empat puluh kali sebat juga, dan saidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulullah saw. Dan ini yang lebih aku sukai. - Riwayat Muslim.

Kesabitan Kesalahan Minum Arak
Untuk mensabitkan kesalahan seseorang minum arak adalah tertakluk di bawah tiga sebab:-
  • Minuman yang diminuman itu ialah khamar, iaitu minuman yang memabukkan dan menghilangkan akal fikiran manusia.
  • Orang yang meminum minuman itu mengetahui bahawa minuman yang diminumannya tadi memabukkan dan menutup akal fikirannya.
  • Sengaja melakukan kesalahan meminum minman yang memabukkan
Balasan Dan Seksaan Bagi Orang Yang Minum Arak Di Akhirat Nanti :
  • Mereka yang minum arak, akan digantung botol arak itu di tengkuk dan di tangan mereka. Kemudian mereka disula dengan api neraka. 
  • Terdengarlah suara yang menyeru,"Inilah si polan anak si polan!" Tatkala semua manusia dibangkitkan dari kubur, mereka keluar dari kubur dengan bau mulut yang teramat busuk (bau arak), hingga terganggu manusia yang berhimpun di Padang Mahsyar. 
  • Peluh yang keluar dari tubuh turut berbau busuk. Kemudian mereka dibelenggu dan dirantai serta dicampakkan terus ke Neraka Jahanam. 
  • Di dalam neraka, dituangkan air yang sangat panas ke dalam mulut mereka sehingga putus tali perut, kemudian perut itu jatuh pula ke atas kaki. 
  • Mereka kemudiannya dimasukkan ke dalam peti besar dari api selama seribu tahun lamanya. 
  • Kemudian dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam penjara di neraka di mana ular-ular dan kala yang bisa sentiasa menggigit badan mereka. 
  • Di kepala mereka diletakkan mahkota dari api neraka manakala rantai-rantai di tengkuk mereka
DIBEBASKAN SEMENTARA....Model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, memeluk anaknya, Kaitlynn Sari Dewi,5, (kiri) sebaik dia di bawa pergi oleh pegawai Jabatan Agama Negeri Pahang untuk menjalani hukuman sebat atas kesalahan meminum arak di tempat awam. Bagaimanapun, dia dibebaskan 30 minit kemudian apabila pegawai jabatan agama yang membawanya, menghantar Kartika pulang ke kampung halamannya di Sg Siput. Mereka memberi alasan hukuman sebat tidak dapat dijalankan buat masa ini......

p/s : Bagi sesiapa yang minum arak bawak2 berhenti laa... Aku tgok zaman sekarang ni orang minum arak pon dok bangga2 diri... Hek eleh baru minum secawan dah mabuk ker broo, kecoh laa ko nii... SubhanaAllah... Takyah la nak bangga minum air kencing setan ni beb... Kawan aku yang kafir pon benci tengok orang yang macam ni katanya.... Bg sapa2 yang minum tu ingat lah minum arak ni takder faedah pon... Membazir, Berdosa.....

Bertudung Ker !!!

Assalamualaikum......
Bertudung ker nak berfesyen?
Bila wanita nak jaga auratnya dari orang lelaki bukan mahram, bukan saja dia jaga maruah dirinya, malah  maruah wanita mukmin keseluruhannya....

Bila ditanya mengapa bertudung gaya seperti itu, mereka akan menjawab ingin menutup aurat. Alhamdulillah, niat yang baik untuk menutup aurat. Namun adakah gaya seperti itu yang dianjurkan dalam Islam??

Bagaimana garis panduan dalam Islam tentang cara menutup aurat?
Korang tau tak harga diri wanita ni mahal giler kot..Sebabnya syariat telah tetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badanya dari kepala sampai kaki...

Kalau la korang buat perbandingan dari segi harta dunia macam intan or berlian, kompom2 korang bungkus dengan rapi dan simpan lak dalam peti besi kunci pakai mangga mahal2... Hahahah

So camtu jugakla diumpamakan dengan wanita ni, sebab wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum...

(Cara Bertudung Yang Betul)

Tapiiiiii mereka ni masih la boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak la...

Wanita ni tak sepatutnya korbankan maruah dan dirinya semata- mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta ngan kemewahan dunia...

Menyentuh pasal pakaian wanita ni, Alhamdulillah aku tengok sekarang ramai wanita yang jaga auratnya, sekurang kurangnya dengan pakai tudung...

Walaubagaimanapun banyak gaya tudung diperagakan dan dipakai, namun cara pemakaiannya masih tak lengkap kot...

Ada lagi yang menampakkan leher, dada dan macam macam lagi....

Ada jugak yang pakai tudung ni tapiiiii dalam masa yang sama memakai kain belahan bawah atau pakai seluar ketat ketat... Pelik Pelik... Hhahahah

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok ka dalam nya, pastu dihiaskan ngan kerongsang... Hebat Hebat....

Bilamana wanita tudung tetapi masih berhias hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupon bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri...

Sombong gitu, Jalan mendabik dada gitu... Hhahaha

Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya habis, ada kelas dan macam macam lagi....

Kesimpulanya, tudung yang kita pakai tidak  membuahkan rasa kehambaan...

Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan tuhan mahupon dengan manusia...

Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan....

Kenapa kita mesti berbangga bila kita boleh pakai tudung????

Ada orang pakaitudung tapi sembahyang tonggang terbalik...

Ada orang pakai tudung tapi masih berkepit keluar ngan BF....

Ada orang pakai tudung terlibat gak ngan pergaulan bebas...

Ada orang pakai tudung masih menyentuh lelaki bukan mahramnya...

Dan macam macam lagi la maksiat yang dibuat oleh orang2 gini... Zina La, Khalwat La...

Sooo Nilai yudung ni sudah tercemar beb oleh orang2 cam gini...

Buat malu jer... Orang bukan Islam tawar hati untuk masuk Islam kerana umat Islam yang tak jaga kemuliaan Islam ni....

Ini baru cara bertudung, belum dikira wanita yang tidak bertudung lagi..Lagi la pelbagai gaya yang pelik-pelik dapat dilihat..

(Cara Bertudung Zaman Sekarang) 

p/s : Saya membawa isu ini bukan untuk mencetuskan kontraversi atau menaikkan kemarahan wanita namun saya melihat masalah ini semakin menular. Perlu rasanya saya untuk menyampaikan kebenaran disini walaupun sepatah ayat agar umat Islam di negara kita kembali kepada cara Islam yang sebenar, dan agar negara kita terhindar dari kemurkaan Allah SWT.

Wednesday 13 July 2011

6 Jenis Wanita Malang !!!

Assalamualaikum....

Korang tau tak apa yang aku maksudkan ngan tajuk kat atas ni???? Kategori macammana wanita malang ni???
Sesungguhnya wanita malang ini ada 6. Jangan engkau kahwini wanita yang enam ni, yang Ananah, yang Mananah dan yang Hananah.
Dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah... Maksud Nyer...

Wanita Ananah 
Banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat buat sakit jer.

Wanita Mananah
Suka bangkit bangkitkan terhadap suami. Wanita ni sering menyatakan AKU MEMBUAT NI SEBAB KAMU.

Wanita Hananah
Nyatakan kasih sayangnya kepada suami yang lain, yang dikahwininya sebelum ini kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah
Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membeli.

Wanita Baraqah
Ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilat dan menghias mukanya, kedua dia marah metika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah
Banyak cakap atau kuat bising

p/s : Ni apa aku belajar semalam la dan nak kongsi ngan korang. Tapikan, walau apa apa pun jodoh wanita yang kita dapat walau pon baik or jahat kita boleh ubahkan sikap wanita tu kan kejalan yang baik dan pada jalan ALLAH... So jangan laa memilih sangat tau... Hehehhe

Cinta Songsang !!!

Assalamualaikum semua kawan kawan ku sekalian,

Aku sekarang pelik, sedih, terkilan, dan entah apa lagi yang mampu diucapkan bila melihat gejala sosial dan gaya hidup songsang golongan Gay, Pengkid dan Lesbian yang semakin berleluasa kini. Terpapar di muka depan Metro Ahad berkenaan Pengkid dan Lesbian. Golongan gay dan homoseksual juga sama je mengamalkan gaya hidup songsang. Kawan kawan aku pun ramai dah terjebak dalam budaya macam ni. Tapi bagaikan tiada jalan penyelesaian. Apakah puncanya? Salah siapa?

Sebelum tu, kita tengok dulu Ciri-ciri golongan songsang ini:



Maknyah / Bapok / Pondan
  • Penampilan menyerupai perempuan biarpun sebenarnya lelaki,
  • Percaya naluri dirinya perempuan tetapi berada dalam tubuh lelaki,
  • Berminat kepada hubungan sejenis iaitu sesama lelaki, sebab ingatkan dirinya perempuan,
  • Sanggup berhabis duit untuk aksesori dan pembedahan asalkan dapat menyerupai perempuan.
Gay dan Homoseksual
  • Penampilan seperti lelaki normal,
  • Berminat kepada hubungan sejenis, lelaki dengan lelaki,
  • Suka berpenampilan kemas, berpakaian ketat dan berwarna terang, aksesori seperti rantai ketat di leher dan gelang tali di kaki kiri, wangian yang menonjol, ada juga yang bertindik sebelah telinga.
  • Cara percakapan agak lembut dan bersopan tetapi seperti menggoda bila bercakap dengan lelaki kacak.
  • Ada juga yang berpenampilan macho dan tegap tetapi suka melihat lelaki jambu dan cute,
  • Agak pendiam dan tidak terlalu menonjolkan diri, tidak suka bergaul dengan ramai orang.
Pengkid
  • Penampilan menyerupai lelaki biarpun sebenarnya perempuan,
  • Cuba berlagak macho dan berperwatakan tomboi seperti lelaki,
  • Berpakaian seperti lelaki dan sanggup berbengkung untuk menyorokkan ‘asset’ yang ada,
  • tidak mahu dilayan dan kelihatan seperti wanita,
  • ada yang menghisap rokok seperti lelaki,
  • Berambut pendek seperti lelaki,
  • Berminat kepada hubungan sejenis iaitu sesama perempuan, sebab ingatkan dirinya lelaki,
  • Perwatakan agak kasar dan kebanyakannya bertubuh berisi untuk menyorokkan ‘asset’ yang ada,
  • lebih prihatin dan memahami kehendak perempuan,
  • merupakan pendengar yang baik,
  • melayan pasangan wanitanya seperti teman wanita,
  • suka meluangkan masa bersama teman wanita,
  • turut mempunyai nafsu hubungan seksual terlarang tetapi lebih kepada perlakuan seks oral.
Lesbian
  • Penampilan seperti perempuan normal.
  • Berminat dengan hubungan sejenis, perempuan dengan perempuan,
  • Sukar dikenali kerana banyak bergaul dengan rakan-rakan perempuan,
  • kebanyakannya anti lelaki dan hilang nafsu terhadap lelaki,
  • kebanyakannya pernah melalui pengalaman buruk dan patah hati dengan lelaki,
  • suka berfantasi dan mencari sensasi,
  • seorang akan berperwatakan dominan dan seorang lagi akan berperwatakan pasif,
  • gemarkan perempuan yang berperwatakan ayu dan manja,
  • sukakan wanita yang mengambil berat, penyayang dan memahami hati serta perasaan mereka.

Golongan songsang seperti ini semakin hari semakin ramai. Biseksual juga termasuk dalam golongan ini. Ada juga secara terang-terangan memikat hati golongan sama melalui kelab-kelab, laman sosial, laman blog dan sebagainya seolah-olah ianya perkara biasa dalam kehidupan kita seharian terutamanya di Malaysia. Sememangnya ianya merisaukan melihat gejala sosial seperti ini berkembang tanpa diketahui apa puncanya.


Apakah punca yang menyumbang meluasnya Golongan Songsang ini? Salah siapa?
  • Kecelaruan identiti,
  • Kurangnya didikan agama sejak kecil,
  • Kurang perhatian keluarga akibat dari keluarga bermasalah, ibu bapa yang sibuk berkerja,
  • Sifat dan kecelaruan identiti tidak dibendung sejak kecil,
  • Kebanyakannya pernah melalui pengalaman buruk akibat patah hati terhadap pasangan berlainan jenis,
  • Terjebak dan terpengaruh dengan kawan-kawan sekeliling terutamanya yang terdiri daripada golongan songsang berkenaan,
  • Disisihkan kawan-kawan dan keluarga akibat kecelaruan identiti mereka, hanya rakan-rakan senasib yang memahami masalah mereka menyebabkan mereka terus terjerumus.
Bagi aku la kan. persepsi bahawa perasaan sedemikian adalah naluri sejak lahir adalah kurang tepat. Islam berpendapat bahawa bayi lahir atas fitrah murni. 'Iaitu bersih dari segala kecenderungan yang buruk. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud "Semua bayi dilahirkan atas fitrah. Kedua ibu bapa yang jadikan Yahudi, Nasrani atau Majusi."

Kenapa Rasulullah s.a.w tak memasukkan menjadikan seorang Islam juga? Kerana Islam adalah fitrah semula jadi setiap manusia. Fitrah Islam bersih dari kecenderungan sedemikian. 
Kecenderungan itu adalah sesuatu yang mendatang bukan semulajadi. Ia mungkin disebabkan oleh pendidikan, pengaruh sosial atau PENYAKIT.

Bagi aku la kan cara nak selesaikan macam ni :

  1. Korang kener menginsafi dan menerima kecenderungan tu bukanlah satu kecenderungan yang sihat dan baik. Ia adalah satu amalan yang buruk dari segi sosial, kesihatan dan AGAMA.
  2. Pastu korang kener ader azam tuk mengubah diri sendiri. Jika diri sendiri tak ada kemahuan tuk mengubah diri sendiri dan tidak berusaha, tiada siapa dapat mengubah keadaan mereka. ALLAH taala tidak mengubah sesuatu kaum itu sendiri mahu mengorak langkah untuk berubah.
  3. Lepas  ada azam untuk berubah, korang kenalah buat langkah positif, contoh nyer jauhkan persekitaran yang berkaitan, korang cari guru agama untuk bimbing korang, kaunselor ngan doktor pon ok gak....
Korang tau tak Islam berpendapat setiap PENYAKIT ada penawarnya. Sama la dengan masalah ni. ALLAH taala tidak akan mengubah sesuatu kaum kecuali dia sendiri mengambil langkah untuk mengubah keadaan..... Yang penting bersusaha dan jangan putus asa beb.


Walaupon golongan songsang ni telah melakukan kemungkaran di sisi Islam tetapi menagani mereka haruslah mengikut dakwah umum iaitu dengan cara hikmah, nasihat yang baik dan perdebatan dengan cara yang terbaik. Marah marah, menyisih dan hina bukan menyelsaikan masalah yang baik.
Sebelum menyalahkan golongan terbabit, sebaiknya kita memahami mengapa dan kenapa ianya berlaku sehingga terus berkembang kini. Sepatutnya kita sama-sama memikirkan jalan penyelesaian agar golongan ini dapat dibimbing kembali ke pangkal jalan. Kita pasti ada keluarga, saudara mahu pun rakan-rakan dari golongan berkenaan, berilah perhatian kepada mereka agar mereka tidak merasakan mereka disisihkan dan dalam masa yang sama mereka juga perlu disedarkan agar tidak terus terjerumus dosa dan kemaksiatan di lembah hina... Subhanallah...

Semoga Allah tak turun kan bala pada masyarakat kita di MALAYSIA DAN DUNIA SEKARANG yang macam Nabi Luth tu.. Iaitu Allah S.W.T hujani mereka ngan batu hingga bandar mereka jadi padang jarak padang tekukur..

“Maka kami jadikan bagian atas kota itu terbalik ke bawah dan kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang keras”. (QS. Al-Hijr: 74)

p/s : BERTAUBAT LA SAPA YANG DALAM GOLONGAN MACAM NI SEBELUM TERLAMBAT. SUBHANALLAH. Jika ada apa-apa pandangan korang, pendapat atau pengalaman yang ingin anda kongsikan berkaitan isu ini, catatkanlah ia di ruangan komen. Manalah tahu ianya akan memberi manfaat kepada kita semua.. ASSALAMUALAIKUM....

NI LA PENULISAN AKU BUAT SENDIRI PALING PANJANG PENAH AKU BUAT.. PENAT JARI BEB... TAPI BERSUNGGUH SUNGGUH TULIS BEB SEBAB AKU KURANG SENANG NGAN GOLONGAN CAMNI.... HEHEHEH

Tuesday 5 July 2011

Solat Solat Sunat !!!


Hari ni aku nak ceritakan tentang solat solat sunat yang boleh kita lakukan....
Solat sunat ni juga penting dalam kehidupan seharian.....
Dari kita dok buang masa buat mender mender yang tak berpaedah kan....
Ada 10 solat sunat yang aku tau laa yang boleh aku kongsikan
Iaitu:

SOLAT SUNAT AWWABIN 
Bagi memelihara keteguhan iman dan menghapuskan dosa, adalah digalakkan melakukan solat sunat Awwabin/Hizful Iman sebanyak 4 rakaat (2 salam) atau 6 rakaat ( 3 salam). Dilakukan sebelum bercakap-cakap selepas fardhu Maghrib.....

SOLAT SUNAT RAWATIB
Solat Sunat Rawatib mengiringi solat fardu sebelum ataupun selepas.... Tujuannya ialah untuk mencari keredaan Allah, di samping menampung kekurangan-kekurangan dalam solat fardu......

SOLAT SUNAT HAJAT
Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Dardak bahawa Nabi saw bersabda: "Barangsiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian bersembahyang dua rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang diminta baik cepat ataupun lambat."

SOLAT SUNAT ISTIKHARAH
Solat Istikharah dilakukan bagi mengetahui penentuan tentang kebaikan dan pekerjaan yang akan oleh seseorang yang dia sendiri tidak dapat pastikan..... Dengan solat ini, mudah-mudahan Allah SWT menunjukkan petandaNya, kalau baik natijahnya, diteruskan dan kalau tidak baik, tidak akan dilaksanakan.......

SOLAT SUNAT TAHAJJUD
Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam...... Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 atau 4 pagi......
Di antara fadhilatnya :
1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya....
2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin....
3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana....
4. Dimudahkan hisab ke atasnya....
5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan....
6. Doanya akan dikabulkan oleh Allah SWT....

SOLAT SUNAT DHUHA
Solat dhuha adalah sembahyang sunat 2 rakaat atau lebih. Maksimanya 12 rakaat......

SOLAT SUNAT TASBIH
Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 tasbih.... Solat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup sekali seminggu, andaikata tidak sanggup, usahakan sekali sebulan, sekiranya tidak sanggup sekali sebulan, sekali setahun, kalau setahun sekali pun tidak sanggup, kerjakanlah sekali dalam seumur hidup......

Solat Sunat Tasbih dilakukan empat rakaat dengan satu salam. Elok dilakukan sebelah malam, namun boleh juga di siang hari..... Harus diingat, wlaupun 4 rakaat, solat ini mengambil masa yg agak lama, kerana diselangi membaca 300 x tasbih......

SOLAT SUNAT WITIR
Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.....

Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.....

Di antara fadhilat solat witir ialah :
1. Para malaikat turut menyaksi atas kesungguhan amalannya......
2. Lebih afdhal daripada sunat Rawatib yang lain.....
3. "Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir,   
     wahai ahli Al-Quran." Riwayat Abu Daud dan Tirmizi....

SOLAT SUNAT ISTISQA'
Solat Istisqa' dilakukan supaya Allah menurunkan hujan dan menghilangkan kemarau yang panjang...... Ia biasanya dilakukan ketika mengalami kemarau yang panjang di mana tanaman dan binatang ternakan boleh mati kebuluran. Manusia sendiri mengalami kepayahan yang amat sangat kerana air yang terbatas........

Tindakan yang perlu dilakukan ialah :
  1. Puasa selama tiga hari, sambil itu bertaubat kepada Allah dengan meninggalkan segala dosa dan kezaliman......
  2. Pada hari yang keempat, semua penduduk disuruh keluar dengan berpakaian sederhana menuju ke tanah lapang..... Binatang ternakan juga perlu dibawa bersama.....
  3. Solat Sunat Istisqa' sebanyak 2 rakaat..... Pada rakaat pertama sesudah membaca surah al-Fatihah bacalah Surah Sabbihisma Rabbikal A’la, dengan suara nyaring.... Dan pada rakaat kedua pula dibaca surah Hal Ataaka Hadithul Ghasyiah.....
  4. Khatib membaca dua khutbah, pada khutbah yang pertama dimulai dengan membaca Istighfar 9 kali dan pada khutbah kedua pula dimulai dengan 7 kali istighfar......
SOLAT SUNAT TAUBAT
Solat ini dilakukan sebagai tanda kita bertaubat kepada Allah.... Tiada waktu yang tertentu ditetapkan, boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja apabila seseoarng itu rasa menyesal dan ingin bertaubat kepada Allah. Seelok-eloknya setelah kita melakukan istighfar, munajat, muhasabah diri...dan bertaubat kepada Allah di tengah malam yang sunyi.... kemudian disusuli dgn solat tahajjud.....

Digalakkan utk dilakukan dalam bulan-bulan haram iaitu Muharram, Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Boleh dilakukan sebanyak 2 rakaat atau lebih....

p/s : Solat solat sunat ni semuanya ada kelebihan sendiri... So jadikanlah sebagai amalan harian kita... Assalamualaikum

Monday 4 July 2011

Ramadhan Akan Kembali !!!



Insya Allah, Ramadhan Akan Kembali Bertandang Kepada Kita Semua... Korang Sudah Bersiap Ke?....... Atau Yak Mahu Ramadhan Bersama Kita.... Bagi Aku Ini Dah Tak Sabar Nak Bersama Ramadhan Yang Penuh Berkat..... Sebab Dulu Nak Puasa Pon Jarang Sama Sekali.... Sekarang Rasa Seronok Lak Nak Puasa Ni... Mari Kita Muahasabah Diri, Adakah Kita Sudah Qadha Mana-Mana Puasa Yang Kita Tinggal Dulu.... Kalau Yang Masih Tak Tunai[qadha] Puasa Tu Silakan Tunaikan Kewajiban Anda..... Ingat Puasa Ni Rukun Islam Yang Ke 3 Tau.... Wajib.... K Aku Cau Dulu ASSALAMUALAIKUM....


Saturday 2 July 2011

Kawan !!!


Alhamdulillah..Dapat bertemu lagi pada hari ini...
Hari ni tertarik tertarik untuk post blog tentang apa itu erti persahabatan..
Kerana aku tewas untuk bersahabat hari ni....
Aku lukakan hati sahabat hari ini.....

Kawan
Tatkala dunia semankin tua dan mungkin akan sampai ke penghujungnya pada bila2 masa yakni kiamat.Apa yang di sebut di dalam hadis-hadis nabi semakin banyak yang betul dan tak perlu lagi di ragui..Di arus kemodenan dan teknologi yang tinggi ini,semakin ramai kawan makan kawan atau peribahasanya senang sama2,susah sorang2..

Kawan Kerana....
Harta ..Ramai manusia zaman sekarang ni berkwan kerana hartanya.Jika banyak harta,maka ramai lah kawan.Jika kurang harta,maka sikitlah kawan.Itulah hakikatnya apa yang berlaku sekarang.Harta menjadi keutamaan seseorang.."tiada harta tiada sahabat"..

Pangkat....
Pangkat dan darjat juga menjadi faktor untuk bersahabat.Jika di perhatikan tidak ramai orang yang berjwatan tinggi dalam kerajaan mahupun swasta untuk duduk semeja dan berkongsi idea dengan penjawat jawatan rendah.Bukan kerana ingin menjaga protokol mahupun adat tetapi kerana jurang pangkat dan jawatan.Semakin tinggi pangkat semakin ramai kawan dan pengikut.Berkawan dan bersahabat kerana jawatan ciptaan manusia! Hakikat dan realiti sekarang.


Kecantikan wajah....
Ini pun tidak terkecuali.Kerana paras rupa baru berkawan.Wanita-wanita cantik,seksi dan seksa akan menjadi kegilaan lelaki,begitu juga sebaliknya.Secara tidak langsung kawan akan bertambah ramai akibat kecantikan paras rupanya.Ini bukan rekaan tetapi realiti yg berlaku sekarang ni.

Bersahabatlah kerana Allah.....
Tidak ramai yang bersahabat kerana Allah taala.Apa yang aku perhatikan dari ana kecik hinggalah meningkat dewasa.Ramai yang bersahabat dan berkawan kerana harta dan pangkat.Masya Allah! Bersahabat kerana Allah sehingga syurga,bersahabat kerana harta dan pangkat membawa neraka.Percayalah..Setiap niat dan nawaitu kita,semuanya Allah tahu..Tanya diri kita balik.."aku berkawan dengan dia kerana apa"?Kalau kerana Allah,teruskan bersahabat.Jika berkawan kerana harta dan pangkat..Tinggalkanlah sebelum terlambat.

Syafaat
Menurut hadis soheh..sabda nabi s.a.w.."sahabat juga antara pemberi syafaat di akhirat kelak".Jadi,jangan main2 dengan soal persahabatan..Tinggi darjat seorang sahabat sehingga boleh memberikan syafaat kita di akhirat kelak.Tapi jangan salah faham.Sahabat yang beramal soleh,beriman dan di beri keizinan Allah taala sahaja yang akan di berikan keistimewaan memberikan syafaat kepada kita..

Petikan Hadis..
  • “Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)
  • Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit makamengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)
  • “Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)
  • “Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.” 

Firman Allah s.w.t
Firman Allah SWT yang bermaksud, “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (surah al-Hujurat [049] ayat 13)

firman-Nya yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar.” (Surah at-Taubah, ayat 119)


Pesan sahabat nabi kepada anaknya....
Berpesan Al-Qomah kepada puteranya, “wahai puteraku! Sekiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang maka hendaklah engkau memilih teman-teman yang memiliki sifat yang berikut”:
  • Jika kamu ditimpa oleh bencana maka temanmu itu akan cuba melakukan sesuatu untuk menghilangkan dan meringankan kesusahanmu itu.
  • Jika kamu meminta sesuatu bantuan atau pertolongan dari teman itu maka dia akan segera mengusahakannya.
  • Jika kamu merancangkan sesuatu maka temanmu itu akan turut membantumu dengan memberikan pandangannya.
  • Jika kamu bercakap-cakap dengannya maka temanmu itu akan membenarkan kata-katamu.
  • Jika temanmu itu melihat sesuatu yang tidak baik dari perbuatan atau perkataanmu maka dia akan menutupinya.
  • Jika kamu mengeratkan hubungan persahabatan dengan temanmu itu maka dia akan membalas dengan baik pertalian persahabatan itu. 
  • Jika kamu menghulurkan sesuatu kebaikan kepada temanmu itu maka dia akan menerimanya dengan baik malah dia akan membalasnya kembali.
  • Jika temanmu itu mendapat sesuatu kebaikan dan kebajikan darimu itu maka dia akan mengingati, menghargai dan menyebutkan kebaikanmu itu.

“Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi yang cantik"

Harap Semua Kawan2 Ku Dapat Menerima Aku Seadanya.... Jika Ada Salah Dan Silap Harap Diapunkan.... Aku Banyak Buat Salah Ngan Kawan2 Aku... Mintak Maaf Banyak2 Jika Aku Ada Terluka Kan Hati Dan Perasan Korang.....

Di Share Dari :

  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...