Bukan Nak Menagis Simpati... Tapi Mau Jadi Kan Saksi Untuk Berubah.. Sila Berikan Komen2 Anda Tuk Direnung Kan...
Taubat adalah awal membersihkan niat beramal kekuatan tetap melangkah menggapai cita tanpa lelah Taubat adalah pertengahan dosa dapat tergugurkan penjagaan dari keterjerumusan tetap lurus dalam tujuan Taubat adalah akhir pengakuan dari sang faqir membersihkan noda yang ada menyerahkan pada yang Kuasa …

Thursday 15 November 2012

Masa Untuk Berhijrah Kot !!!



Assalamualaikum.....

Apabila aku dok pikir pasai Hijrah (penghijrahan Nabi dari Makkah ke Madinah), jarang orang bayangkan kesukaran yang telah dihadapai oleh Nabi yang kita cintai (Salam sejahtera kepadanya) dan para sahabat dalam meninggalkan rumah-rumah mereka, perniagaan mereka, keluarga mereka, dan berhijrah ke bandar baru yang berbeza. Bolehkah kita ni membayangkan andainya diri kita ni yang melakukan perkara itu? Meninggalkan semua kemudahan yang kita telah bina sejak beberapa tahun yang lalu di kampung halaman kita dan kemudian memulakan hidup baru di bandar baru dengan tiada apa-apa bekalan sekalipun?


Tak  mudah seperti yang dok sangka kot. Tetapi kita ni kener sedar bahawa kadang-kadang penghijrahan tu sangat diperlukan untuk memulakan satu kehidupan baru yang akan mendorong kita untuk menjadi seorang muslim yang produktif, sama seperti ia diperlukan pada masa Nabi (Salam sejahtera kepadanya) dalam usaha untuk menegakkan Islam dengan mencari rumah baru di Madinah dan kesannya ialah Islam dapat merebak dengan lebih bebas di Semenanjung Arab.....


Hari ini aku nak jemput semua tuk membentuk rohani Hijrah, Hijrah demi Allah SWT daripada dosa-dosa kepada perbuatan baik, daripada rakan-rakan yang buruk kepada rakan-rakan baik, daripada kerja yang tidak halal kepada kerja yang halal, daripada hidup untuk dunia kepada hidup untuk akhirat, dan perubahan daripada tidak produktif kepada produktif! Hijrah ni bukan nye pindah rumah jer.... Macam jenis hijrah ada...


Perlu kita dok ingat bahawa penghijrahan rohani ini tidak akan dapat dilakukan dengan begitu mudah dan mungkin mencabar pada masa-masa tertentu, tetapi jika dilakukan kerana Allah SWT, insya-Allah ia akan memberi manfaat baik pada akhirnya.


p/s : Ayuh. Mulakan Langkah Sama Sama.... Hoye Hoye Hoye Hoye....

Assalamualaikum....

Thursday 24 November 2011

Untung Kot Bila Jadi Orang Islam !!!



1. Bila saya memberi salam kepada seseorang ( bukan hi ! atau hello ! ), saya dapat pahala.

2. Bila saya memberi senyuman kepada seseorang, saya dapat pahala.

3. Bila saya membalas “sallallahu alaihi wassalam” ketika mendengar nama Rasulullah, saya dapat pahala 10           kali ganda setiap kali.

4. Saya sembahyang bersama keluarga jika tidak dapat ke surau atau masjid, saya dapat pahala 27 kali ganda.

5. Saya ajar anak saya perkara yang baik, saya dapat pahala setiap apa yang saya ajar, apa yang mereka amalkan dan orang yang tiru apa yang anak saya amalkan.

6. Saya baca satu perkataan dari al-Quran, saya dapat pahala 10 kali ganda untuk setiap perkataan (berapa yang boleh kita dapat kalau kita baca satu muka surat).

7. Saya mulakan apa – apa perbuatan (yang baik) dengan ‘Bismillah’, saya dapat pahala.

8. Saya memakai seluar yang singkat (atas sedikit dari buku lali), saya dapat pahala (sunnah Rasulullah S.A.W. memakai seluar cara begitu).

9. Saya dapat pahala bagi setiap kutukan terhadap cara saya pakai seluar seperti sunnah Nabi S.A.W.

10. Saya menyimpan janggut, saya dapat pahala.

11. Saya memakai jubah dan kawan saya meniru saya, saya dapat pahala kerana saya pakai dan kerana mereka mengikut saya.

12. Saya membuang email yang tidak elok, saya dapat pahala.

13. Saya memikirkan perkara yang baik – baik, saya dapat pahala.

14. Saya lakukan perkara yang baik – baik, saya dapat pahala 10 kali ganda.

15. Saya dapat pahala bagi semua cerita yang tidak elok yang saya tidak tengok di televisyen.

16. Saya dapat pahala bagi semua lagu yang tidak elok yang saya tidak dengar di radio.

17. Saya menghantar mesej – mesej info Islam, saya dapat pahala.

18. Saya membaca mesej – mesej info Islam, saya dapat pahala.

19. Saya melakukan apa yang diajar dalam mesej – mesej itu, saya dapat pahala.

20. Jika saya tidak yakin dengan maklumat tersebut dan mencari kebenaran melalui sumber – sumber yang betul, saya dapat pahala.

21. Jika kawan saya amalkan mengikut maklumat yang saya hantar pada mereka, saya dapat pahala.

22. Dan jika kawan saya tadi juga hantar maklumat kepada kawan mereka, saya dapat pahala.

23. Walaupun mereka itu hanya baca dan delete selepas membaca, saya dapat pahala.

24. Saya kawal kemarahan saya, saya dapat pahala.

25. Saya belikan gula – gula untuk anak saya, saya dapat pahala.

26. Saya beli kaset atau vcd berkaitan Islam, saya dapat pahala.

27. Saya tonton bersama dengan keluarga saya, saya dapat pahala.

28. Saya amalkan apa yang cd atau vcd itu ajar, saya dapat pahala.

29. Saya takutkan Allah lalu tidak membeli cd cerita yang tidak elok, saya dapat pahala.

30. Saya tidak tonton wayang, saya dapat pahala.

31. Saya minum air dengan pegang gelas menggunakan tangan kanan, saya dapat pahala.

32. Saya pergi membeli – belah dengan menutup aurat, saya dapat pahala.

33. Saya tulis ini, saya dapat pahala.

34. Anda baca ini, anda dapat pahala.

35. Anda ajak kawan anda baca artikel ini, kita semua dapat pahala.

Subhanallah !!! 


saya hanya dapat terangkan sedikit sahaja 
perkara – perkara yang kita boleh dapat pahala, 
insha Allah.
Cuba fikirkan pahala yang kita dapat daripada kita 
bersolat, berpuasa, mengajar, dan sebagainya. 


Subhanallah!!!

Glorify Allah Always
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar
Lahowla wolakuwatha illa billa
May Allah make us all the winners of His Jannathul Firdaus.


Amin 


p/s: Karangan Asal Adalah Bahasa Inggeris, Telah Saya Translate Kepada Bahasa Melayu

Sunday 13 November 2011

Hobi Baru Yang Cool !!!


Assalamualaikum....


First sekali aku nak mohon maap kat pembaca yang sudi singgah ngan melawat blog aku ni yang dah lama tak update atas alasan takda masa nak update n perkara2 yang tak dapat di elakkan... Hehehheheh....

Kali ini aku nak kongsikan pasal kelebihan baca Al-Quran... Aku Dulu jarang gila nak baca... Pada satu hari tu aku try laa baca... Lepas tu esok nya aku lupa n malas nak baca... Sambil dok tergolek golek atas tilam sambil tutup mata, tetiba ternyiang nyiang bacaan Al-Quran aku baca semalam... Memang lama aku dok tergolek cuba nak tidur... Tapi memang tak dapat laa der bila bacaan Al-Quran dok kat kepala ni ha....

Terus aku bgun ambil air sembahyang, solat sunat pastu terus baca Al-Quran.... Alhamdulillah lepas baca 2,3 muka terus rasa tenang n trus tergolek balik ngan lena... 

Sekarang ni aku rasa kalau tak baca sikit sehari macam tak best n tak tenang langsung tau tak... Sekarang aku rasa hobi baru aku ialah baca Al-Quran... Walau pon sikit pahala nyer besar kot....

Antara kelebihan membaca Al-Quran ialah:-

1. Ibadah yang paliong utama dari segi bacaan

2. Pahala membaca satu huruf daripada Quran (menurut Ibn Majah digandakan 400x, Ibn Al-Jauzi digandakan 700x)

3. Balasan satu huruf yg dibaca ialah bidadari syurga, juga dikatakan balasan pokok di syurga

4. Mengikut Ibnu Abbas r.a pembaca Quran ialah seorang hartawan dan pahala membaca tidak akan putus

5. Selamat dari api neraka-mendapat kedudukan yg tinggi dan mulia bersama malaikat

6. Pada hari Kiamat, Al-Quran akan menjadi pembela

7. Pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan kemuliaan di syurga

8. Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat

9. Pembaca akan dimasukkan dalam golongan Siddiqin, Syuhada dan Solehin

10. Menjadi cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit

11. Jika di baca di dalam rumah, ajan memberi cahaya kepada rumah itu

12. Membaca secara tadarus(bergilir-gilir) mendapat ketenangan, rahmat dan dikelilingi para malaikat.

13. Pembaca yang mahir dan baik bacaan, diutamakan menjadi imam solat

14. Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari, mengajar dan menghayati ajaran quran

15. Mempelajari satu ayat lebih baik daripada solat sunat 1000 rakaat

Sumber : Buku bertajuk ” INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT “

p/s : Jadikan membaca Al-Quran sebagai hobi... Kalau yang tak reti baca tu cari laa cikgu.. Kalau nak jumpa aku pon boleh... Hehhehehe....

Thursday 8 September 2011

Jangan Dok Tinggal Sedara !!!


Assalamualaikum.....
Cita ini aku dengar dalam satu buku cerita budak budak, nanti boleh cerita kat orang lain untuk sama-sama ambil pengajaran dalam cita ni....

Pada zaman dahulu, ada seorang pemuda alim yang bernama Yazzid. Dia seorang yang sangat patuh pada arahan Allah S.W.T dan meninggalkan larangan-Nya. Pada satu hari, Yazzid terdengar satu suara.

"Wahai Yazzid, nanti di akhirat kelak kau telah dijanjikan dengan Syurga yang indah. Di Syurga nanti, kau akan berjiran dengan seseorang. Maka esok kau pergilah mencarinya di satu perkampungan."

Apabila Yazzid tersedar, dia terus mencari jirannya di Syurga itu di perkampungan yang dinyatakan dalam mimpinya itu. Jalan punya jalan punya jalan. Yazzid pun tiba di perkampungan itu.

Lalu dia bertanya akan jirannya di Syurga itu kepada seorang penduduk di situ. Penduduk di situ menjawab, "Rumah orang yang kau nyatakan itu, berada di hujung kampung sana. Tapi, aku nasihatkan engkau agar tidak pergi kerana rumahnya berbahaya".

Yazzid pelik.. tetapi dia teruskan juga mencari jirannya di Syurga itu. Apabila tiba di rumah jirannya di Syurga itu, dia sangat terkejut. Melalui pintu rumahnya yang terbuka itu, dilihatnya ramai manusia yang menari-nari sambil meminum arak.

Yazzid sangat terkejut. Yazid membisik di dalam hati, "ish.. mustahil jiranku di Syurga tinggal di sini. Rumah ini penuh dengan peminum arak. Mustahil, mustahil."

Untuk menambahkan keyakinannya lagi. Yazzid menghampiri rumah tersebut lebih dekat. Di tengah-tengah manusia yang minum arak itu, didapatinya seorang lelaki yang sedang duduk sahaja. Tidak menari, tidak minum arak. Hanya duduk semata-mata. Yazzid bermonolog di dalam hatinya, "hurm...lebih baik aku pulang. Tiada apa yang jumpa di sini."

Apabila Yazzid mahu mula mengorak langkah pulang, tiba-tiba....

"Wahai Yazzid, jiranku di Syurga. Sudah mahu pulangkah engkau? Mengapa tidak masuk menjengukku. Bukankan itu tujuanmu datang ke sini? Sudah jauh engkau berjalan, marilah masuk sekejap."

Lelaki yang duduk di tengah-tengah mereka yang meminum arak itu memanggilnya. Yazzid terkejut kerana tiada siapa yang mengetahui tujuan kedatangannya ke sana melainkan dirinya dan Allah sahaja. Namun, diturutkan sahaja. Yazzid ikut lelaki itu masuk ke dalam rumah itu.

Yazzid berasa pelik dan sangat janggal berada di situ. Apabila melihat riak wajak Yazzid yang penuh kepelikan itu, lelaki a.k.a jirannya di Syurga itu berkata,

"Mengapa Yazzid? Pelik ke engkau? Wahai Yazzid, untuk pengetahuanmu, sebelum ini masih ramai lagi seperti mereka ini (sambil menunjuk ke arah manusia-manusia yang mabuk meminum arak itu). Namun, Yazzid, sudah ramai yang kembali ke jalan yang benar semula. Dan sekarang tinggal ini sahaja. Adakah engkau seorang sahaja mahu ke Syurga-Nya dan biarkan mereka ini tercampak ke neraka? Makanya, Yazzid, sekarang giliranmu telah tiba untuk menyeru mereka ke jalan yang benar..."

Apabila mendengarkannya, Yazzid terduduk mendengarnya lalu menangis....

Pengajaran yang dapat daripada kisah ini, kita sebagai saudara, patut dok nasihat sahabat-sahabat kita, saudara-saudara kita, kembali mengingati dan beriman kepada Yang Maha Esa......

p/s : Kita sebagai sahabat dan saudara depa, mahu tinggal di Syurga-Nya bersama-sama dan rasanya tidak ada sapa pong yang nak mencampakkan saudara dan sahabat kita ke Neraka dengan dok biar depa terus lari daripada Allah..... Harap dapat pengajaran daripada kisah ini. Wallahua'alam.

Dakwah Tu Tugas Sapa !!!


"Dakwah? Diri sendiri pun tak betul, ada hati nak tegur orang lain? Aku tak mampu lagi la, tunggu la sikit masa lagi."

Assalamualaikum....
Sebagai hamba Allah kat muka bumi ini, setiap muslim secara langsung tau tidak langsung, perlu la dok nasihat menasihati dan berdakwah antara satu sama lain...... Tanggungjawab itu sudah tercatat dari loh mahfuz lagi..... Kita bukan sesapa tuk menidakkan bender ini.....

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 30:

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat. Aku hendak menjadikan khalifah di bumi." mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?" Dia berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."

Ramai kat luar tu yang dok anggap seperti tu.... Mungkin depa tersilap faham pasai konsep dakwah yang betui betui...... Yelah, mana boleh nak berdakwah sedangkan diri sendiri pong masih tak betui dengan keseronokan duniawi..... Camaner nak berdakwah kalau diri sendiri pong kejap gitu kejap gini.... Tapi sekarang,aku sedar bahawa dakwah ni tugas setiap manusia yang diutus menjadi khalifah di muka bumi Allah ini sebenarnya..... Menurut tafsir Al-Quran, "Khalifah" pada ayat 30 ini bermaksud pengganti, pemimpin atau penguasa.... Manusia ni diutuskan ke muka bumi ini untuk mimpin dalam mencapai keredhaanNya.....

Tugas dakwah ni memang laa berat.... Aku akui kebenarannya.... Untuk diri aku yang baru mula bertatih ini, sememangnya kerja-kerja dakwah tu tidak mudah.... Kerana bukan semua mampu pikirikir seperti mana yang kita dok pikirkan.... Namun, itulah tugas seorang hamba Allah yang bernama Khalifah sebenarnya.... Tugas seorang hamba Allah yang perlu sentiasa tingkatkan diri sendiri dan menarik sahabat-sahabat bersama-sama berdiri di atas landasan iman yang kukuh.....

Seorang yang berdakwah perlu amalkan cara dakwah yang bersifat 'Qudwah hasanah' iaitu Dakwah melalui tauladan yang baik.... Contoh, kita kena tunjukkan contoh yang baik melalui perbuatan kita sendiri.... Salah satu contoh yang aku belajar adalah senyum..... Senyumlah kerana ia seindah suria..... Melalui senyuman, lebih mudah dakwah kita akan diterima dan ukhuwah juga boleh terjalin.... Betui tak....

Oleh sebab itu, senyumlah kat sahabat handai dan saudara mara kita ni ha.... Hangpa tak akan rugi apa-apa pong hanya kerana hangpa senyum..... Malah, hangpa akan bahagia.... So, perlulah diingatkan, senyumlah pada yang berhak sahaja.... Kepada para gadis muslimah senyumlah dengan penuh batasan yaa.... Jangan senyum melebih pulak....

Selain tu kita perlu bercakap dan berdakwah secara lemah lembut.... Tapi lemah lembut yang dimaksudkan bukanlah bermakna bercakap dengan nada mendayu-dayu macam ngayat awek dengan bukan muhrim ni.... Kalau perlu untuk bercakap dengan seseorang yang bukan muhrim, hangpa perlu lembutkan cara bercakap tetapi perlu juga tegas menyampaikan mesej yang hendak disampaikan.... Muslimah itu perlu mempunyai pendirian yang tegas dan bertutur dengan penuh hikmah.....

Ayat 159 Surah Aali-'Imran:

"Maka berkat rahmat Allah, Engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya Engkau bersikap keras dan berhati kasar,tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu. Kerana itu maafkanlah mereka dan mohonkanlah ampunan untuk mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakal."
Sahabat, kalau hangpa rasa lemah semangat untuk terus berjuang, renung-renungkanlah semula kisah nabi kita , Rasulullah s.a.w. Terlampau banyak rintangan dan dugaan yang baginda hadapi hinggakan baginda pernah dilemparkan batu oleh kaum Quraisy sehingga terluka.... Apalah sangat usaha kita hari ni berbanding kekasih Allah ini kan? Kuatkanlah semangat !!!. 

p/s : Aku harap agar hangpa teruskan warisan Rasulullah s.a.w ini iaitu berdakwah ke jalan Allah. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar! InsyaAllah... Jangan la bila orang dok nasihat hangpa perli TERIMA KASIH USTAZ..... Takperlu jadi ustaz kalau nak berdakwah dan jadi baik....

Tunggu Dapat Hidayah Ke Beb !!!


"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri." (Surah ar-Ra'd 13:11)

Assalamualaikum....
Di sini, kita semua tau bahawa perubahan tu akan wujud melalui usaha daripada diri kita sendiri. Kalau la kan kita ni tak mula dulu langkah tuk berubah, so kita akan dok selamanya dok di takok lama sampai mati... Yoo dak....

"Insya-Allah nanti bila sudah dapat hidayah saya akan pakai tudung."

Nii haaa contoh jawapan yang 'cliche' bila ditanya mengenai pemakaian tudung.... Wahh cakap mat saleh gitu... Ada banyak lagi kot ayat-ayat yang sering dok kita ungkapkan tuk dok tepis semua soalan masyarakat tentang diri kita atau sikap kita ni haa.... Padahal hidayah tak datang kepada kita, kita yang sepatutnya mencari hidayah Allah !!!

"Dah tua nanti aku berubah lah weh!"

Satu lagi contoh yang ngok sikit.... Kalau hati sendiri dah set kan bahawa hangpa memang tak mahu berubah, bagilah seribu tahun pun kehidupan dok camtu jer.... Hangpa rasa hangpa akan berubah? Tidak sama sekali gamaknya !!!

Tuk berubah sebenarnya, hangpa perlukan keinginan, ketetapan dan keteguhan hati...

Napa kita dok lihat banyak manusia yang mahu berubah ke arah kebaikan kecundang di tengah jalan ???

Ini kemungkinan besar kerana depa ni mempunyai keinginan tuk berubah, tapi hati budak2 ni tak cekal dan tidak tetap untuk berubah !!! Banyak main... Hahhahahah

Tapi, jika dak seribu daya jika takdak seribu dalih kata orang.... Hati itu asbab dan punca... Jika hati kuat maka akan kuatlah kita ni, jika tak, kalahlah kita ni.....

Berubah itu kaitannya hati sebenarnya dan jika hati itu tidak kuat, punya nawaitu yang tak tetap dan masih ada walau sekelumit keinginan untuk mengulangi sikap lampau kita, maka susahlah manusia itu untuk menetapkan diri pada perubahan ni.... Berubah takmau isap rokok sebab awek boleh... Kenapa kerana Allah Tak boleh... Hrmmmmmm....

Hati itu juga berkait dengan anggota.... Anggota itulah yang bakal meneguhkan hati ni.... So, bila bertemu keinginan yang lama, mata tidak boleh pandang, kaki tak boleh ngekori dan tangan tak boleh beragak-agak tuk sentuh atau melakukan.....

Sekali lagi aku nak tegas kan kat hangpa semua marilah kita semua hayati maksud di sebalik Firman Allah ini:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri."
Surah ar-Ra'd 13:11

(habis besar dah aku buat bagi hangpa semua nampak untuk dihayati)

Sekiranya jalan yang kita lalui itu sukar ketika kita ingin berubah, maka sebenarnya itu lebih baik daripada hangpa kembali dok bergelumang dengan selut dan lumpur di jalan lama.... Wahhh Ayat puitis gitu....

p/s: Ingat, ini hanya dunia. Berubahlah ke arah kebaikan untuk Akhirat yang kekal abadi nanti. Kitalah penentu nasib kita di sana !!! Bukan orang lain tau....

Namanya Disudut Hati !!!



Assalamualaikum......
Lama tak update blog kan... Nah kasi ni dulu tuk dibaca... Nanti nak tulis yang lain... Hehhehe...

Kusimpan namanya disudut hati,
Demi sebuah keredhoan,
Ya Allah kuatkan hati ini,
Bantu kami bermujahadah,

Ya Rabb..
Bantu kami, hambaMu,
Yang mencari,
Sedang mencari,
Dan masih mencari,
Erti cinta sejati..

Cinta dua insan yang dibatasi syariatMu,
Tanpa digugat setitik bisikan nafsu,
Yang ada hanyalah,
Sebuah ketagihan cinta,
Sebagai wadah menggapai cinta agungMu..

Ya Rahman...
Faqirnya kami, lemahnya kami,
Sungguh tak terdaya,
Segalanya milikMu,
KepadaMu segalanya dikembalikan..

Ya Muhaimeen,
Namun ku gusar..
Dengan mujahadah ini,
Apakah dia bisa setia,
Apakah dia bisa menunggu,
Apakah kami bisa tabah,
Higga ke akhirnya...

Ya Rabbul Izzati,
Engkaulah pemilik segala hati,
Peganglah hati-hati kami,
Peliharalah hati-hati kami,
Jagailah, bajailah dan siramilah hati-hati kami,
Dengan cahaya keimanan kepadaMu..

Agar kami bisa terus bermujahadah,
Hingga waktu menentukannya..
Ameen ya Rabb
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...