"Dakwah? Diri sendiri pun tak betul, ada hati nak tegur orang lain? Aku tak mampu lagi la, tunggu la sikit masa lagi."
Assalamualaikum....
Sebagai hamba Allah kat muka bumi ini, setiap muslim secara langsung tau tidak langsung, perlu la dok nasihat menasihati dan berdakwah antara satu sama lain...... Tanggungjawab itu sudah tercatat dari loh mahfuz lagi..... Kita bukan sesapa tuk menidakkan bender ini.....
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 30:
Ramai kat luar tu yang dok anggap seperti tu.... Mungkin depa tersilap faham pasai konsep dakwah yang betui betui...... Yelah, mana boleh nak berdakwah sedangkan diri sendiri pong masih tak betui dengan keseronokan duniawi..... Camaner nak berdakwah kalau diri sendiri pong kejap gitu kejap gini.... Tapi sekarang,aku sedar bahawa dakwah ni tugas setiap manusia yang diutus menjadi khalifah di muka bumi Allah ini sebenarnya..... Menurut tafsir Al-Quran, "Khalifah" pada ayat 30 ini bermaksud pengganti, pemimpin atau penguasa.... Manusia ni diutuskan ke muka bumi ini untuk mimpin dalam mencapai keredhaanNya.....
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 30:
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat. Aku hendak menjadikan khalifah di bumi." mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?" Dia berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
Ramai kat luar tu yang dok anggap seperti tu.... Mungkin depa tersilap faham pasai konsep dakwah yang betui betui...... Yelah, mana boleh nak berdakwah sedangkan diri sendiri pong masih tak betui dengan keseronokan duniawi..... Camaner nak berdakwah kalau diri sendiri pong kejap gitu kejap gini.... Tapi sekarang,aku sedar bahawa dakwah ni tugas setiap manusia yang diutus menjadi khalifah di muka bumi Allah ini sebenarnya..... Menurut tafsir Al-Quran, "Khalifah" pada ayat 30 ini bermaksud pengganti, pemimpin atau penguasa.... Manusia ni diutuskan ke muka bumi ini untuk mimpin dalam mencapai keredhaanNya.....
Seorang yang berdakwah perlu amalkan cara dakwah yang bersifat 'Qudwah hasanah' iaitu Dakwah melalui tauladan yang baik.... Contoh, kita kena tunjukkan contoh yang baik melalui perbuatan kita sendiri.... Salah satu contoh yang aku belajar adalah senyum..... Senyumlah kerana ia seindah suria..... Melalui senyuman, lebih mudah dakwah kita akan diterima dan ukhuwah juga boleh terjalin.... Betui tak....
Oleh sebab itu, senyumlah kat sahabat handai dan saudara mara kita ni ha.... Hangpa tak akan rugi apa-apa pong hanya kerana hangpa senyum..... Malah, hangpa akan bahagia.... So, perlulah diingatkan, senyumlah pada yang berhak sahaja.... Kepada para gadis muslimah senyumlah dengan penuh batasan yaa.... Jangan senyum melebih pulak....
Selain tu kita perlu bercakap dan berdakwah secara lemah lembut.... Tapi lemah lembut yang dimaksudkan bukanlah bermakna bercakap dengan nada mendayu-dayu macam ngayat awek dengan bukan muhrim ni.... Kalau perlu untuk bercakap dengan seseorang yang bukan muhrim, hangpa perlu lembutkan cara bercakap tetapi perlu juga tegas menyampaikan mesej yang hendak disampaikan.... Muslimah itu perlu mempunyai pendirian yang tegas dan bertutur dengan penuh hikmah.....
Ayat 159 Surah Aali-'Imran:
"Maka berkat rahmat Allah, Engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya Engkau bersikap keras dan berhati kasar,tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu. Kerana itu maafkanlah mereka dan mohonkanlah ampunan untuk mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakal."
Sahabat, kalau hangpa rasa lemah semangat untuk terus berjuang, renung-renungkanlah semula kisah nabi kita , Rasulullah s.a.w. Terlampau banyak rintangan dan dugaan yang baginda hadapi hinggakan baginda pernah dilemparkan batu oleh kaum Quraisy sehingga terluka.... Apalah sangat usaha kita hari ni berbanding kekasih Allah ini kan? Kuatkanlah semangat !!!. p/s : Aku harap agar hangpa teruskan warisan Rasulullah s.a.w ini iaitu berdakwah ke jalan Allah. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar! InsyaAllah... Jangan la bila orang dok nasihat hangpa perli TERIMA KASIH USTAZ..... Takperlu jadi ustaz kalau nak berdakwah dan jadi baik....
No comments:
Post a Comment