"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri." (Surah ar-Ra'd 13:11)
Assalamualaikum....
Di sini, kita semua tau bahawa perubahan tu akan wujud melalui usaha daripada diri kita sendiri. Kalau la kan kita ni tak mula dulu langkah tuk berubah, so kita akan dok selamanya dok di takok lama sampai mati... Yoo dak...."Insya-Allah nanti bila sudah dapat hidayah saya akan pakai tudung."
Nii haaa contoh jawapan yang 'cliche' bila ditanya mengenai pemakaian tudung.... Wahh cakap mat saleh gitu... Ada banyak lagi kot ayat-ayat yang sering dok kita ungkapkan tuk dok tepis semua soalan masyarakat tentang diri kita atau sikap kita ni haa.... Padahal hidayah tak datang kepada kita, kita yang sepatutnya mencari hidayah Allah !!!
"Dah tua nanti aku berubah lah weh!"
Satu lagi contoh yang ngok sikit.... Kalau hati sendiri dah set kan bahawa hangpa memang tak mahu berubah, bagilah seribu tahun pun kehidupan dok camtu jer.... Hangpa rasa hangpa akan berubah? Tidak sama sekali gamaknya !!!
Tuk berubah sebenarnya, hangpa perlukan keinginan, ketetapan dan keteguhan hati...
Napa kita dok lihat banyak manusia yang mahu berubah ke arah kebaikan kecundang di tengah jalan ???
Ini kemungkinan besar kerana depa ni mempunyai keinginan tuk berubah, tapi hati budak2 ni tak cekal dan tidak tetap untuk berubah !!! Banyak main... Hahhahahah
Tapi, jika dak seribu daya jika takdak seribu dalih kata orang.... Hati itu asbab dan punca... Jika hati kuat maka akan kuatlah kita ni, jika tak, kalahlah kita ni.....
Berubah itu kaitannya hati sebenarnya dan jika hati itu tidak kuat, punya nawaitu yang tak tetap dan masih ada walau sekelumit keinginan untuk mengulangi sikap lampau kita, maka susahlah manusia itu untuk menetapkan diri pada perubahan ni.... Berubah takmau isap rokok sebab awek boleh... Kenapa kerana Allah Tak boleh... Hrmmmmmm....
Hati itu juga berkait dengan anggota.... Anggota itulah yang bakal meneguhkan hati ni.... So, bila bertemu keinginan yang lama, mata tidak boleh pandang, kaki tak boleh ngekori dan tangan tak boleh beragak-agak tuk sentuh atau melakukan.....
Sekali lagi aku nak tegas kan kat hangpa semua marilah kita semua hayati maksud di sebalik Firman Allah ini:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri."
Surah ar-Ra'd 13:11
(habis besar dah aku buat bagi hangpa semua nampak untuk dihayati)
p/s: Ingat, ini hanya dunia. Berubahlah ke arah kebaikan untuk Akhirat yang kekal abadi nanti. Kitalah penentu nasib kita di sana !!! Bukan orang lain tau....
No comments:
Post a Comment