Bukan Nak Menagis Simpati... Tapi Mau Jadi Kan Saksi Untuk Berubah.. Sila Berikan Komen2 Anda Tuk Direnung Kan...
Taubat adalah awal membersihkan niat beramal kekuatan tetap melangkah menggapai cita tanpa lelah Taubat adalah pertengahan dosa dapat tergugurkan penjagaan dari keterjerumusan tetap lurus dalam tujuan Taubat adalah akhir pengakuan dari sang faqir membersihkan noda yang ada menyerahkan pada yang Kuasa …

Thursday, 8 September 2011

Jangan Dok Tinggal Sedara !!!


Assalamualaikum.....
Cita ini aku dengar dalam satu buku cerita budak budak, nanti boleh cerita kat orang lain untuk sama-sama ambil pengajaran dalam cita ni....

Pada zaman dahulu, ada seorang pemuda alim yang bernama Yazzid. Dia seorang yang sangat patuh pada arahan Allah S.W.T dan meninggalkan larangan-Nya. Pada satu hari, Yazzid terdengar satu suara.

"Wahai Yazzid, nanti di akhirat kelak kau telah dijanjikan dengan Syurga yang indah. Di Syurga nanti, kau akan berjiran dengan seseorang. Maka esok kau pergilah mencarinya di satu perkampungan."

Apabila Yazzid tersedar, dia terus mencari jirannya di Syurga itu di perkampungan yang dinyatakan dalam mimpinya itu. Jalan punya jalan punya jalan. Yazzid pun tiba di perkampungan itu.

Lalu dia bertanya akan jirannya di Syurga itu kepada seorang penduduk di situ. Penduduk di situ menjawab, "Rumah orang yang kau nyatakan itu, berada di hujung kampung sana. Tapi, aku nasihatkan engkau agar tidak pergi kerana rumahnya berbahaya".

Yazzid pelik.. tetapi dia teruskan juga mencari jirannya di Syurga itu. Apabila tiba di rumah jirannya di Syurga itu, dia sangat terkejut. Melalui pintu rumahnya yang terbuka itu, dilihatnya ramai manusia yang menari-nari sambil meminum arak.

Yazzid sangat terkejut. Yazid membisik di dalam hati, "ish.. mustahil jiranku di Syurga tinggal di sini. Rumah ini penuh dengan peminum arak. Mustahil, mustahil."

Untuk menambahkan keyakinannya lagi. Yazzid menghampiri rumah tersebut lebih dekat. Di tengah-tengah manusia yang minum arak itu, didapatinya seorang lelaki yang sedang duduk sahaja. Tidak menari, tidak minum arak. Hanya duduk semata-mata. Yazzid bermonolog di dalam hatinya, "hurm...lebih baik aku pulang. Tiada apa yang jumpa di sini."

Apabila Yazzid mahu mula mengorak langkah pulang, tiba-tiba....

"Wahai Yazzid, jiranku di Syurga. Sudah mahu pulangkah engkau? Mengapa tidak masuk menjengukku. Bukankan itu tujuanmu datang ke sini? Sudah jauh engkau berjalan, marilah masuk sekejap."

Lelaki yang duduk di tengah-tengah mereka yang meminum arak itu memanggilnya. Yazzid terkejut kerana tiada siapa yang mengetahui tujuan kedatangannya ke sana melainkan dirinya dan Allah sahaja. Namun, diturutkan sahaja. Yazzid ikut lelaki itu masuk ke dalam rumah itu.

Yazzid berasa pelik dan sangat janggal berada di situ. Apabila melihat riak wajak Yazzid yang penuh kepelikan itu, lelaki a.k.a jirannya di Syurga itu berkata,

"Mengapa Yazzid? Pelik ke engkau? Wahai Yazzid, untuk pengetahuanmu, sebelum ini masih ramai lagi seperti mereka ini (sambil menunjuk ke arah manusia-manusia yang mabuk meminum arak itu). Namun, Yazzid, sudah ramai yang kembali ke jalan yang benar semula. Dan sekarang tinggal ini sahaja. Adakah engkau seorang sahaja mahu ke Syurga-Nya dan biarkan mereka ini tercampak ke neraka? Makanya, Yazzid, sekarang giliranmu telah tiba untuk menyeru mereka ke jalan yang benar..."

Apabila mendengarkannya, Yazzid terduduk mendengarnya lalu menangis....

Pengajaran yang dapat daripada kisah ini, kita sebagai saudara, patut dok nasihat sahabat-sahabat kita, saudara-saudara kita, kembali mengingati dan beriman kepada Yang Maha Esa......

p/s : Kita sebagai sahabat dan saudara depa, mahu tinggal di Syurga-Nya bersama-sama dan rasanya tidak ada sapa pong yang nak mencampakkan saudara dan sahabat kita ke Neraka dengan dok biar depa terus lari daripada Allah..... Harap dapat pengajaran daripada kisah ini. Wallahua'alam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...