Bukan Nak Menagis Simpati... Tapi Mau Jadi Kan Saksi Untuk Berubah.. Sila Berikan Komen2 Anda Tuk Direnung Kan...
Taubat adalah awal membersihkan niat beramal kekuatan tetap melangkah menggapai cita tanpa lelah Taubat adalah pertengahan dosa dapat tergugurkan penjagaan dari keterjerumusan tetap lurus dalam tujuan Taubat adalah akhir pengakuan dari sang faqir membersihkan noda yang ada menyerahkan pada yang Kuasa …

Wednesday, 13 July 2011

Cinta Songsang !!!

Assalamualaikum semua kawan kawan ku sekalian,

Aku sekarang pelik, sedih, terkilan, dan entah apa lagi yang mampu diucapkan bila melihat gejala sosial dan gaya hidup songsang golongan Gay, Pengkid dan Lesbian yang semakin berleluasa kini. Terpapar di muka depan Metro Ahad berkenaan Pengkid dan Lesbian. Golongan gay dan homoseksual juga sama je mengamalkan gaya hidup songsang. Kawan kawan aku pun ramai dah terjebak dalam budaya macam ni. Tapi bagaikan tiada jalan penyelesaian. Apakah puncanya? Salah siapa?

Sebelum tu, kita tengok dulu Ciri-ciri golongan songsang ini:



Maknyah / Bapok / Pondan
  • Penampilan menyerupai perempuan biarpun sebenarnya lelaki,
  • Percaya naluri dirinya perempuan tetapi berada dalam tubuh lelaki,
  • Berminat kepada hubungan sejenis iaitu sesama lelaki, sebab ingatkan dirinya perempuan,
  • Sanggup berhabis duit untuk aksesori dan pembedahan asalkan dapat menyerupai perempuan.
Gay dan Homoseksual
  • Penampilan seperti lelaki normal,
  • Berminat kepada hubungan sejenis, lelaki dengan lelaki,
  • Suka berpenampilan kemas, berpakaian ketat dan berwarna terang, aksesori seperti rantai ketat di leher dan gelang tali di kaki kiri, wangian yang menonjol, ada juga yang bertindik sebelah telinga.
  • Cara percakapan agak lembut dan bersopan tetapi seperti menggoda bila bercakap dengan lelaki kacak.
  • Ada juga yang berpenampilan macho dan tegap tetapi suka melihat lelaki jambu dan cute,
  • Agak pendiam dan tidak terlalu menonjolkan diri, tidak suka bergaul dengan ramai orang.
Pengkid
  • Penampilan menyerupai lelaki biarpun sebenarnya perempuan,
  • Cuba berlagak macho dan berperwatakan tomboi seperti lelaki,
  • Berpakaian seperti lelaki dan sanggup berbengkung untuk menyorokkan ‘asset’ yang ada,
  • tidak mahu dilayan dan kelihatan seperti wanita,
  • ada yang menghisap rokok seperti lelaki,
  • Berambut pendek seperti lelaki,
  • Berminat kepada hubungan sejenis iaitu sesama perempuan, sebab ingatkan dirinya lelaki,
  • Perwatakan agak kasar dan kebanyakannya bertubuh berisi untuk menyorokkan ‘asset’ yang ada,
  • lebih prihatin dan memahami kehendak perempuan,
  • merupakan pendengar yang baik,
  • melayan pasangan wanitanya seperti teman wanita,
  • suka meluangkan masa bersama teman wanita,
  • turut mempunyai nafsu hubungan seksual terlarang tetapi lebih kepada perlakuan seks oral.
Lesbian
  • Penampilan seperti perempuan normal.
  • Berminat dengan hubungan sejenis, perempuan dengan perempuan,
  • Sukar dikenali kerana banyak bergaul dengan rakan-rakan perempuan,
  • kebanyakannya anti lelaki dan hilang nafsu terhadap lelaki,
  • kebanyakannya pernah melalui pengalaman buruk dan patah hati dengan lelaki,
  • suka berfantasi dan mencari sensasi,
  • seorang akan berperwatakan dominan dan seorang lagi akan berperwatakan pasif,
  • gemarkan perempuan yang berperwatakan ayu dan manja,
  • sukakan wanita yang mengambil berat, penyayang dan memahami hati serta perasaan mereka.

Golongan songsang seperti ini semakin hari semakin ramai. Biseksual juga termasuk dalam golongan ini. Ada juga secara terang-terangan memikat hati golongan sama melalui kelab-kelab, laman sosial, laman blog dan sebagainya seolah-olah ianya perkara biasa dalam kehidupan kita seharian terutamanya di Malaysia. Sememangnya ianya merisaukan melihat gejala sosial seperti ini berkembang tanpa diketahui apa puncanya.


Apakah punca yang menyumbang meluasnya Golongan Songsang ini? Salah siapa?
  • Kecelaruan identiti,
  • Kurangnya didikan agama sejak kecil,
  • Kurang perhatian keluarga akibat dari keluarga bermasalah, ibu bapa yang sibuk berkerja,
  • Sifat dan kecelaruan identiti tidak dibendung sejak kecil,
  • Kebanyakannya pernah melalui pengalaman buruk akibat patah hati terhadap pasangan berlainan jenis,
  • Terjebak dan terpengaruh dengan kawan-kawan sekeliling terutamanya yang terdiri daripada golongan songsang berkenaan,
  • Disisihkan kawan-kawan dan keluarga akibat kecelaruan identiti mereka, hanya rakan-rakan senasib yang memahami masalah mereka menyebabkan mereka terus terjerumus.
Bagi aku la kan. persepsi bahawa perasaan sedemikian adalah naluri sejak lahir adalah kurang tepat. Islam berpendapat bahawa bayi lahir atas fitrah murni. 'Iaitu bersih dari segala kecenderungan yang buruk. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud "Semua bayi dilahirkan atas fitrah. Kedua ibu bapa yang jadikan Yahudi, Nasrani atau Majusi."

Kenapa Rasulullah s.a.w tak memasukkan menjadikan seorang Islam juga? Kerana Islam adalah fitrah semula jadi setiap manusia. Fitrah Islam bersih dari kecenderungan sedemikian. 
Kecenderungan itu adalah sesuatu yang mendatang bukan semulajadi. Ia mungkin disebabkan oleh pendidikan, pengaruh sosial atau PENYAKIT.

Bagi aku la kan cara nak selesaikan macam ni :

  1. Korang kener menginsafi dan menerima kecenderungan tu bukanlah satu kecenderungan yang sihat dan baik. Ia adalah satu amalan yang buruk dari segi sosial, kesihatan dan AGAMA.
  2. Pastu korang kener ader azam tuk mengubah diri sendiri. Jika diri sendiri tak ada kemahuan tuk mengubah diri sendiri dan tidak berusaha, tiada siapa dapat mengubah keadaan mereka. ALLAH taala tidak mengubah sesuatu kaum itu sendiri mahu mengorak langkah untuk berubah.
  3. Lepas  ada azam untuk berubah, korang kenalah buat langkah positif, contoh nyer jauhkan persekitaran yang berkaitan, korang cari guru agama untuk bimbing korang, kaunselor ngan doktor pon ok gak....
Korang tau tak Islam berpendapat setiap PENYAKIT ada penawarnya. Sama la dengan masalah ni. ALLAH taala tidak akan mengubah sesuatu kaum kecuali dia sendiri mengambil langkah untuk mengubah keadaan..... Yang penting bersusaha dan jangan putus asa beb.


Walaupon golongan songsang ni telah melakukan kemungkaran di sisi Islam tetapi menagani mereka haruslah mengikut dakwah umum iaitu dengan cara hikmah, nasihat yang baik dan perdebatan dengan cara yang terbaik. Marah marah, menyisih dan hina bukan menyelsaikan masalah yang baik.
Sebelum menyalahkan golongan terbabit, sebaiknya kita memahami mengapa dan kenapa ianya berlaku sehingga terus berkembang kini. Sepatutnya kita sama-sama memikirkan jalan penyelesaian agar golongan ini dapat dibimbing kembali ke pangkal jalan. Kita pasti ada keluarga, saudara mahu pun rakan-rakan dari golongan berkenaan, berilah perhatian kepada mereka agar mereka tidak merasakan mereka disisihkan dan dalam masa yang sama mereka juga perlu disedarkan agar tidak terus terjerumus dosa dan kemaksiatan di lembah hina... Subhanallah...

Semoga Allah tak turun kan bala pada masyarakat kita di MALAYSIA DAN DUNIA SEKARANG yang macam Nabi Luth tu.. Iaitu Allah S.W.T hujani mereka ngan batu hingga bandar mereka jadi padang jarak padang tekukur..

“Maka kami jadikan bagian atas kota itu terbalik ke bawah dan kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang keras”. (QS. Al-Hijr: 74)

p/s : BERTAUBAT LA SAPA YANG DALAM GOLONGAN MACAM NI SEBELUM TERLAMBAT. SUBHANALLAH. Jika ada apa-apa pandangan korang, pendapat atau pengalaman yang ingin anda kongsikan berkaitan isu ini, catatkanlah ia di ruangan komen. Manalah tahu ianya akan memberi manfaat kepada kita semua.. ASSALAMUALAIKUM....

NI LA PENULISAN AKU BUAT SENDIRI PALING PANJANG PENAH AKU BUAT.. PENAT JARI BEB... TAPI BERSUNGGUH SUNGGUH TULIS BEB SEBAB AKU KURANG SENANG NGAN GOLONGAN CAMNI.... HEHEHEH

6 comments:

  1. Entry yg sangat bermanfaat.. dunia akhir zaman ni mmg smkin byk kemaksiatan yg blaku.. kecewa@ patah hati bkn alasan utk bt benda2 mcm ni...

    p/s: rs tenang di blog ni...

    ReplyDelete
  2. Betul... Dunia Akhir Zaman... Alan Yang Tak Masuk Akal... 10Q Baca.... Hihihiih

    ReplyDelete
  3. inilah cara kehidupan kaum nabi luth sehingga di laknat Allah..nauzubillah..semoga kita di lindungi Allah.

    ReplyDelete
  4. bila ternampak, rasa benci... bimbinglah mereka kearah yang benar. kalau tak mampu, doakan moga mereka menemui orang yang mampu membingbing mereka. Doakan mereka bertaubat dan menjadi umat yang taat pada agama... itu cara paling lemah kita boleh buat. jangan mencemuh dan buat mereka lagi jauh...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum....saya nak kgsi cite saya..beberapa bln lalu bru je lepas ptus ngan pgkid..saya sndri tak tau mcm mane sy boleh terjebak dlm cinta die..sdgkan sy ni ckup didikan agama....die tu kristian...huhu...skang die da ade gf baru..islam gak...nta mcm mane sy nak lupekan die..sy tk tau...boleh tak beri pndngan skit..huhu...

    ReplyDelete
  6. Tq..doakan ak kembali ke jalan- NYA

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...