Assalamualaikum...
Aku baru jer tengok citer Cerekarama Takbiratul Ihram yang dilakonkan oleh Remy Ishak... Best citer tu..
Citer tu mengenai orang yang munafik... Korang semua patut tengok citer tu....
So arini aku nak citer laa sikit mengenai orang munafik ngan orang hipokrit....
Aku rasa sama ja dua ayat ni....
Aku masih lagi terngiang-ngiang lagi kat telinga ini tentang seseorang yang rasanye kurang pengalaman dan masih cetek ilmu tetiber..mengeluarkan ayat "awak semua ni munafik!!!"..terkejut aku dengar ayat tu..
Ayat tersebut diluahkan oleh seseorang hamba Allah yang masih cetek ilmu kurang pengalaman, masih lagi mentah untuk berkata-kata seperti itu..
Aku ni pon bukan laa pandai sangat tetang agama ni, tapi terkesima jugak la dengar kata-kata tu camtu....
Cetek sungguh ilmu, bercakap tak pikir sedangkan diri sendiri tidak paham apa itu munafik, sedangkan ustaz bagi ceramah pun akan meluahkan kata seperti "jangan jadi macam orang munafik"..siapakah kita?layakkah kita nak berkata kepada seseorang itu munafik..
Sedangkan maksud munafik itu sendiri dari segi bahasa, munafik membawa maksud berpura-pura... Manakala dari segi istilahnya, nifaq atau munafik ini bermakna golongan yang berpura-pura menjadi Islam atau bergelar Muslim tetapi sebenarnya tindakan, perkataan dan perbuatan mereka adalah bertujuan meruntuhkan Islam,'' contonhya mengaku islam hanya pada mulut tetapi masih lagi melakukan perbuatan yang dilarang Allah, suruhan ditinggalkan..masih lagi meneguk air syaitan, mulut apabila ditanya agama apa? jawapan masih lagi agama islam, tetapi perbuatan tingkah laku, gaya hidup tidak menunjukkan islam, masih tunjukkan kekufuran pada Allah....
MUNAFIK/ NIFAQ
Pura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah
CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK
Berdusta apabila bercakap
Khianat apabila diberi amanah
Bersikap melampaui batas apabila bertengkar
Selalu mungkir janji
CARA MENGELAKKAN DIRI DARI MEMILIKI SIFAT NIFAQ
Meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah
Bercakap benar apabila berbicara
Bersifat jujur dan amanah
Menunaikan janji
AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIKAP NIFAQ
Menghilangkan sikap percaya-mempercayai
Melemahkan perpaduan masyarakat
Menghancurkan kekuatan umat islam
Bagaimana pula dengan hipokrit?
hipokrit bermaksud mengeluarkan kata-kata atau kepercayaan yang x tetap pendirian, hidup dok berpura-pura tak seperti yang digambarkan..
Depan cakap lain, belakang cakap lain..depan tunjuk baik belakang pijak semut pun tak mati.. Orang yang bercakap tentang dirinya tetapi tidak seperti yang diperkatakan..
p/s : So korang jauh kan laa sikap munafik or hipokrit ni.... kalau ade kengkawan kita dok bersikap camni sila nasihat dia... jika tak makan jugak jauh kan laa orang camgini... hehehe... Wassalam
p/s : So korang jauh kan laa sikap munafik or hipokrit ni.... kalau ade kengkawan kita dok bersikap camni sila nasihat dia... jika tak makan jugak jauh kan laa orang camgini... hehehe... Wassalam
nice entri^-^
ReplyDelete