Bertudung ker nak berfesyen?
Bila wanita nak jaga auratnya dari orang lelaki bukan mahram, bukan saja dia jaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya....
Bila ditanya mengapa bertudung gaya seperti itu, mereka akan menjawab ingin menutup aurat. Alhamdulillah, niat yang baik untuk menutup aurat. Namun adakah gaya seperti itu yang dianjurkan dalam Islam??
Bagaimana garis panduan dalam Islam tentang cara menutup aurat?
Korang tau tak harga diri wanita ni mahal giler kot..Sebabnya syariat telah tetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badanya dari kepala sampai kaki...
Kalau la korang buat perbandingan dari segi harta dunia macam intan or berlian, kompom2 korang bungkus dengan rapi dan simpan lak dalam peti besi kunci pakai mangga mahal2... Hahahah
So camtu jugakla diumpamakan dengan wanita ni, sebab wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum...
(Cara Bertudung Yang Betul)
Tapiiiiii mereka ni masih la boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak la...
Wanita ni tak sepatutnya korbankan maruah dan dirinya semata- mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta ngan kemewahan dunia...
Menyentuh pasal pakaian wanita ni, Alhamdulillah aku tengok sekarang ramai wanita yang jaga auratnya, sekurang kurangnya dengan pakai tudung...
Walaubagaimanapun banyak gaya tudung diperagakan dan dipakai, namun cara pemakaiannya masih tak lengkap kot...
Ada lagi yang menampakkan leher, dada dan macam macam lagi....
Ada jugak yang pakai tudung ni tapiiiii dalam masa yang sama memakai kain belahan bawah atau pakai seluar ketat ketat... Pelik Pelik... Hhahahah
Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok ka dalam nya, pastu dihiaskan ngan kerongsang... Hebat Hebat....
Bilamana wanita tudung tetapi masih berhias hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupon bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri...
Sombong gitu, Jalan mendabik dada gitu... Hhahaha
Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya habis, ada kelas dan macam macam lagi....
Kesimpulanya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan...
Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan tuhan mahupon dengan manusia...
Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan....
Kenapa kita mesti berbangga bila kita boleh pakai tudung????
Ada orang pakaitudung tapi sembahyang tonggang terbalik...
Ada orang pakai tudung tapi masih berkepit keluar ngan BF....
Ada orang pakai tudung terlibat gak ngan pergaulan bebas...
Ada orang pakai tudung masih menyentuh lelaki bukan mahramnya...
Dan macam macam lagi la maksiat yang dibuat oleh orang2 gini... Zina La, Khalwat La...
Sooo Nilai yudung ni sudah tercemar beb oleh orang2 cam gini...
Buat malu jer... Orang bukan Islam tawar hati untuk masuk Islam kerana umat Islam yang tak jaga kemuliaan Islam ni....
Ini baru cara bertudung, belum dikira wanita yang tidak bertudung lagi..Lagi la pelbagai gaya yang pelik-pelik dapat dilihat..
(Cara Bertudung Zaman Sekarang)
p/s : Saya membawa isu ini bukan untuk mencetuskan kontraversi atau menaikkan kemarahan wanita namun saya melihat masalah ini semakin menular. Perlu rasanya saya untuk menyampaikan kebenaran disini walaupun sepatah ayat agar umat Islam di negara kita kembali kepada cara Islam yang sebenar, dan agar negara kita terhindar dari kemurkaan Allah SWT.
yg paling bodoh bertudung perdana menteri malaysia - rosmah atuntuya.
ReplyDelete