Bukan Nak Menagis Simpati... Tapi Mau Jadi Kan Saksi Untuk Berubah.. Sila Berikan Komen2 Anda Tuk Direnung Kan...
Taubat adalah awal membersihkan niat beramal kekuatan tetap melangkah menggapai cita tanpa lelah Taubat adalah pertengahan dosa dapat tergugurkan penjagaan dari keterjerumusan tetap lurus dalam tujuan Taubat adalah akhir pengakuan dari sang faqir membersihkan noda yang ada menyerahkan pada yang Kuasa …

Tuesday, 26 July 2011

Sedap Nye Arak Ini !!!



Assalamualaikum.......
Korang nak tahu tak zaman sekarang serba modern. Anak-anak remaja di bangku sekolah lagi dah pandai minum arak...! Kalau mak bapak menyerong, anak anak pun ikot menyerong lah ! Hurm...Kes orang islam minum arak bukan lagi satu perkara biasa yang kita dengar kan? Mungkin diorang tak takut dengan seksaan yang dijanjikan oleh Allah bagi orang yang meminum air kencing setan ni......

Hukum Minum Arak
Minum arak, korang nak tahu tak hukumnya adalah haram, sama ada sedikit atau banyak, mabuk atau tidak, kecuali ketika darurat, dan arak itu adalah najis ainnya. Firmannya:-

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor(najis/keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. - Surah al-Ma''idah: 90

Hukum Orang Yang Minum Arak
Dalam qanun jinayah Syar'iyah seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk atau tidak, wajib dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali sebat dan tidak kurang dari empat puluh kali sebat, hukuman ini adalah berdalilkan hadis rasulullah saw yang diriwayatkan dari Ali Ibn Abi Talib ra:-

Rasulullah saw telah menyebatkan orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebat, dan Saidina Abu bakar telah menyebat sebanyak empat puluh kali sebat juga, dan saidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulullah saw. Dan ini yang lebih aku sukai. - Riwayat Muslim.

Kesabitan Kesalahan Minum Arak
Untuk mensabitkan kesalahan seseorang minum arak adalah tertakluk di bawah tiga sebab:-
  • Minuman yang diminuman itu ialah khamar, iaitu minuman yang memabukkan dan menghilangkan akal fikiran manusia.
  • Orang yang meminum minuman itu mengetahui bahawa minuman yang diminumannya tadi memabukkan dan menutup akal fikirannya.
  • Sengaja melakukan kesalahan meminum minman yang memabukkan
Balasan Dan Seksaan Bagi Orang Yang Minum Arak Di Akhirat Nanti :
  • Mereka yang minum arak, akan digantung botol arak itu di tengkuk dan di tangan mereka. Kemudian mereka disula dengan api neraka. 
  • Terdengarlah suara yang menyeru,"Inilah si polan anak si polan!" Tatkala semua manusia dibangkitkan dari kubur, mereka keluar dari kubur dengan bau mulut yang teramat busuk (bau arak), hingga terganggu manusia yang berhimpun di Padang Mahsyar. 
  • Peluh yang keluar dari tubuh turut berbau busuk. Kemudian mereka dibelenggu dan dirantai serta dicampakkan terus ke Neraka Jahanam. 
  • Di dalam neraka, dituangkan air yang sangat panas ke dalam mulut mereka sehingga putus tali perut, kemudian perut itu jatuh pula ke atas kaki. 
  • Mereka kemudiannya dimasukkan ke dalam peti besar dari api selama seribu tahun lamanya. 
  • Kemudian dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam penjara di neraka di mana ular-ular dan kala yang bisa sentiasa menggigit badan mereka. 
  • Di kepala mereka diletakkan mahkota dari api neraka manakala rantai-rantai di tengkuk mereka
DIBEBASKAN SEMENTARA....Model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, memeluk anaknya, Kaitlynn Sari Dewi,5, (kiri) sebaik dia di bawa pergi oleh pegawai Jabatan Agama Negeri Pahang untuk menjalani hukuman sebat atas kesalahan meminum arak di tempat awam. Bagaimanapun, dia dibebaskan 30 minit kemudian apabila pegawai jabatan agama yang membawanya, menghantar Kartika pulang ke kampung halamannya di Sg Siput. Mereka memberi alasan hukuman sebat tidak dapat dijalankan buat masa ini......

p/s : Bagi sesiapa yang minum arak bawak2 berhenti laa... Aku tgok zaman sekarang ni orang minum arak pon dok bangga2 diri... Hek eleh baru minum secawan dah mabuk ker broo, kecoh laa ko nii... SubhanaAllah... Takyah la nak bangga minum air kencing setan ni beb... Kawan aku yang kafir pon benci tengok orang yang macam ni katanya.... Bg sapa2 yang minum tu ingat lah minum arak ni takder faedah pon... Membazir, Berdosa.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...