Bukan Nak Menagis Simpati... Tapi Mau Jadi Kan Saksi Untuk Berubah.. Sila Berikan Komen2 Anda Tuk Direnung Kan...
Taubat adalah awal membersihkan niat beramal kekuatan tetap melangkah menggapai cita tanpa lelah Taubat adalah pertengahan dosa dapat tergugurkan penjagaan dari keterjerumusan tetap lurus dalam tujuan Taubat adalah akhir pengakuan dari sang faqir membersihkan noda yang ada menyerahkan pada yang Kuasa …

Tuesday, 9 August 2011

Gadis Islam Takmau Bertudung !!!


Assalamualaikum...
Di bulan Ramadhan ni aku dapat satu idea untuk buat entry pasal tudung ni... Ini disebabkan ada sorang sahabat ku tanya aku KENAPA ORANG SEKARANG SUSAH SANGAT NAK BERTUDUNG???...
N setelah aku kaji kaji n kaji lagi dapat laa aku dengar n lihat alasan alasan gadis tak bertudung ni...
Tapi  banyak alasan yang aku terima kot.. Sampai tak tertulis kot beb...  Tolonglah ubah dan cuci akal yg dah berkarat dek kerana gelapnya hati terima Islam yg sebenar!!!!  Berikut alasan n kenapa hangpa suka katakan :-
  • Depa jahil tentang dalil-dalil dari Al-Quran dan Al-Hadis mengenai kewajiban menutupi aurat dan bertudung. Depa kata, "Maaf yer bro, kami tak tau pun ek?" Budak2 ni juga jahil akan pengertian aurat. Depa tidak kenal dengan alim-ulama dan mereka juga tidak mahu atau mungkin tidak berpeluang mendekati alim-ulama. So, kalau dah tak tau usahakanlah untuk ambil tau... Yer dok... Hahhaha....
  • Alasan kedua, menutup aurat dan bertudung ni panas dan merimaskan lah.. Tapi hangpa tak pikir ke  betapa panasnya lagi neraka di kemudian hari yang mana akhirat itu adalah tempat yang lebih kekal berbanding dunia fana yang sementara ini. Emmm...tapi, kenapa ramai gak dok kata bahawa dengan bertudung dan menutup aurat ni, diri mereka berasa lebih selesa dan tenteram. Then, napa depa boleh, n hangpa dok sibuk kata tak boleh?....
  • Depa dok kata lagi, orang yang pakai tudung pun belum tentu baik perangainya. Jadi, tu ker alasan tuk hangpa tak pakai tudung haaa? Cer  citer cer citer...  Ok, so, hangpa tu dah baik sangatlah agaknyer yer... Sebenarnya dua-dua pun salah (sama-sama tak baik). Kalau perangai tak baik, itu pun tak elok. Then, kalau tak pakai tudung pun lagi lah tak elok. Sebenarnya, dalam kehidupan sebagai orang muslim, asasnya adalah ketaqwaan dan keimanan iaitu seberapa taat kita kepada ALLAH Tuhan Yang Maha Menciptakan kita.. Soal siapa baik tidak sepatutnya timbul. Tetapi, persoalan yang patut kita fikirkan ialah sapakah yang lebih takwanya disisi ALLAH. Adakah kita ni dah cukup baik di sisi ALLAH atau apakah usaha kita untuk menambahkan takwa kita ? Hangpa kata,pakai tudung mulut jahat,buat perkara jahat. anda kena faham. dia pakai tudung dan menurut perintah Allah. cuma sikapnya lebih kurang anda.tak faham erti sebenar kenapa anda ni dijadikan dalam dunia ni.nak jadi HAMBA ALLAH atau HAMBA DUNIA?. tak malu menegakkan dalil sendiri, padahal dah Allah tetapkan dan turunkan pakaian yg elok2 utk kita. kenapa mengingkar.mmg andalah manusia yg tak tahu erti syukur dicipta tu ape, malah blh pulak buat alasan pada Allah yg anda lagi baik dari org pakai tudung?mmg tak reti diuntung pada Sang Pencipta lah hangpa ni..
  • Baiklah, ada juga di kalangan gadis yang tidak menutup aurat ni sebenarnya tahu semua tu dan kira cerdiklah jugak kononnya sebab tahu aurat tu wajib ditutup (dengan sempurna). Tapi, macam ni pulak katanya, " Saya belum sampai serulah nak tutup aurat beb"... Tapi ni pun sebenarnya kategori kurang cerdik jugak ataupun mungkin tahap jahil! Dan mungkin juga sombong dengan ALLAH (ingkar dengan perintah ALLAH dan Rasul). Seolah-olah, ketetapan ALLAH tu macam tak penting jer dan boleh tangguh-​tangguh pulak yer. Tapi persoalannya, adakah nak mati tu ada tarikh-​tarikhnya yang diberitahu terlebih dahulu atau diseru terlebih dahulu, "Hei kamu, pada tarikh sekian-sekian, maka kamu akan dimatikan, maka bertaubatlah.​.​.​"​ ade ker? Hahaha... Ade ker dalam Quran kata, hukum tu boleh ditangguh-​tangguhkan ikut suka-suka hati jer? Belum sampai seru juga membawa maksud, hidayah belum sampai. Emmm, persoalannya, dah kalau ko tak usahakan dan cari hidayah tu, manalah nak datangnya hidayah tu? Dah kalau hidup ko pun sukakan kepada yang tak baik (melanggar ketetapan ALLAH) ada ker hidayah tu nak datang dekat pada diri kita?ingat yea, kalau haji tu mmg dah dilonggarkan jika berkemampuan. adakah anda tak berkemampuan tak menutup aurat ni? kasihan..
  • Lagi, depa dok rasa depa dah cukup bagus dan bergaya dengan gaya yang mereka tampilkan... Depa dok fikir, itulah gaya yang up to date dan moden. Tetapi persoalannya, apakah tujuan sebenarnya kehidupan kita di muka bumi ini? Tak terfikirkah anda adakah gaya yang anda tampilkan itu menepati kehendak ALLAH S.W.T dan cukup bagus disisi-NYA atau pun tidak? Hei hei hei, anda jangan dok nak memalukan umat Islam! Islam kan ada gayanya tersendiri. Kenapa nak ikut gaya yang bukan milik Islam (boleh mengambil budaya lain dengan syarat tidak melanggar batas-batas yang ditetapkan). Tahu tak?Tindakan anda itu seolah-olah mengatakan bahawa ketetapan ALLAH itu tidak cantik! So, secara tak sengajanya anda telah menghina ketetapan ALLAH dan ianya merupakan kesalahan yang amat-amat besar! Dan ketahuilah bahawa, disisi orang yang benar-benar beriman, yang paling indah itu adalah segala yang menepati kehendak ALLAH. Dan, sebaik-baik wanita ialah wanita yang solehah. bila anda menghina ciptaan ALLAH tu, anda renung diri anda dalam cermin balik. siapa yang cipta anda? kalau anda percaya ALLAH yang cipta anda, maka yg hangpa hina tadi termasuklah anda sekali. seronok menghina diri sendiri ye.... Kah Kah Kah... Best kan dok hina diri sendiri....
  • Alasan tak munasabah seterusnya, "Hey u, kami tak tau pun, penting sangat ke perkara ni?" Depa mungkin tak faham secara keseluruhannya apa itu Islam. Inilah yang paling menyedihkan. Mengaku Islam tetapi jahil sejahil-​jahilnya. Dah mcam lagu dah ayat aku ni... ​ Dan lebih teruk lagi, depa ni sombong tuk menimba ilmu yang berkaitan.jadi kehulu-kehilir lah anda dengan ic ISLAM, tapi jahil dalam mentaddburi surah An-Nur yang dah berkurun lama diturunkan.....
  • Lagi "Apa baiknya tutup aurat ni haaa cer citer cer citer?" Paling teruk lagi,depa mungkin meragui Al-Quran. So, kenapa tak kaji bersungguh-​sungguh Al-Quran? Sedangkan, orang yang bukan Islam pun boleh dok masuk Islam bila depa paham akan Islam dan Al-Quran dengan baik! Tapi, macam mana dengan kita yang dah Islam ni? Tahukah kita betapa indahnya Islam?Mana kita dok tahu, kalau dah budaya yang kita ikut pun budaya bukan Islam.....
  • Lagi alasan uneducated, "Hang nak tau beb, orang yang hebat-hebat macam menteri, professor, doctor, artis dan cikgu saya pun tak pakai tudung kenapa mesti i pakai tudung?" Emmm... Kenapa hangpa nak tengok kepada title dan darjat? Kenapa anda tak nak tengok kepada orang-orang yang beriman dengan baik terhadap suruhan ALLAH? Kenapa tak kaji, atau tanya orang yang pakar bab-bab agama? Hangpa yakin ke, hanya dengan title professor, darjat, menteri dan sebagainya, dapat dok bawa kita kepada keredhaan ALLAH sedangkan kita tak peduli dengan perintah ALLAH dan sentiasa melanggar larangan-NYA tanpa pernah memikirkan untuk bertaubat dan mencari kebenaran...Hangpa tak pernah dengar ye, diakhirat nanti bukan depa depa tu yang bagi syafaat pada anda melainkan Allah Ya Rahman. kalau yg bertitle tu tak pakai tudung hangpa dok ikut sangat.. jadi kalau mereka terjun bangunan pun anda ikutlah? mudahnya prinsip hidup hangpa ni kan..macam dicucuk tali kat hidung pastu bak mai aku tarit bawak gi jalan2... hahaha
  • Mereka juga mungkin boleh kata begini, "Eh! Astora Jabat kata boleh apa tak pakai tudung, bukan salah mana pun?" Mungkin juga hangpa ni orang-orang dan pengikut Astora Jabat kot! (ada ke yang tak kenal astora jabat? Orang yang dianggap banyak menyelewengkan fakta agama melalui tulisannya di akhbar-akhbar perdana). Mufti pun dah sepakat mengatakan Astora Jabat ni orang yang bermasalah, anda nak ikut jugak ker? @ Orang gila... Hahaha... Adik ayah pin baju...
  • Akhir sekali, depa ni memang tak mahu terima kenyataan terhadap kebenaran yang hakiki. Hati mereka penuh dengan kebencian terhadap kebenaran. Depa selalu kata kata, "Eh, aku punya suka la! Ko apa sibuk? Kecoh laa lu mamat.. Kalau berdosa pun, aku yang berdosa, bukannya korang!" Kalau dah sampai tahap ni memang tak tau nak kata apalah. Hanya ALLAH yang boleh menyelamatkan budak cam gini... Itu pun jika DIA menghendakinya.​ Dan ketahuilah, sesungguhnya ALLAH sentiasa menghendaki kamu bersegera kepada taubat. Tetapi kamulah yang selalunya bertindak sombong dan bencikan kebenaran yang telah ditetapkan oleh ALLAH.ayat selalu yg anda2 gunakan "kubur masing2 okay!" memang. tapi Allah akan tanya kami, kenapa tak tegur jiran kubur semasa hayat hidup hangpa? saya memang nak masuk syurga ALLAH, tapi saya nak masuk bersama-sama hangpa... sebab saya sayang hangpa semua.  Hangpa tau tak kenapa aku sayang hangpa? sebabnye kita semua ni adalah saudara... Kalau aku boleh sayang diri hangpa yg dah berii banyak alasan dalam melaksanakan perintah ALLAH SWT, kenapa hangpa taknak sayang diri hangpa sendiri wahai gadis gadis?

So sekarang mai sama-samalah aku, hangpa atau kita semua sekali muhasabah segala kesilapan kita. Fikir-​fikir n renung renungkanlah... Selamat beramal... Hahahhah

Renungan:
Menutup aurat adalah seruan dan perintah daripada Yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, ALLAHU AKBAR. Apakah kita harus meragui akan hikmah yang tersirat disebalik pemakaian tudung dan seterusnya penutupan aurat ini? Hijab, tudung dan penutupan aurat secara lengkap adalah lambang kepada keindahan dan kehebatan wanita disisi ALLAH dan orang-orang yang beriman. Ia juga adalah lambang kepada penolakan budaya jahiliyyah setelah kedatangan Islam. Hijab, tudung dan penutupan aurat secara lengkap juga adalah merupakan identiti atau lambang agung kepada kesucian hak dan maruah wanita disisi Islam (agama yang benar dan suci). Islam bukanlah agama yang mengejar gaya dan identiti yang menjahanamkan. Penutupan aurat juga bertindak menutupi beberapa lompang kelemahan wanita (menutup mata keghairahan orang-orang yang tidak beriman). Wanita Islam bukanlah simbol seks yang rendah akhlaknya seperti wanita-wanita barat (bukan Islam)yang memegang fahaman sesat yang seolah-olah bertindak untuk kembali kepada zaman jahiliyyah yang tidak bertamadun. Akhir kata, penutupan aurat juga membawa makna kita adalah tergolong dalam golongan orang-orang yang taat kepada ALLAH S.W.T. dan semoga kita ditempatkan di dalam kalangan orang-orang yang soleh-solehah hendaknya..(renungan ni dishare dari sahabat)

Persoalan: 
Alasan di atas sebenarnya tidak terhad kepada isu tudung dan aurat sahaja sebenarnya tetapi mungkin juga kepada skop-skop dan aspek-aspek yang lainnya....

p/s : Maafkan aku jika hangpa berkecil hati.. Aku rela dibenci hangpa kerana menegur perbuatan sombong hangpa... Dari aku dibenci ALLAH SWT kerana tidak menegur hangpa.. Inilah tanggungjawab kita semua... heheheh..Sekian...

Assalamualaikum.... Heheheh

1 comment:

  1. salam dear....nice entry...jemput lawat blog ummi juga ya... <3
    www.beautyummi.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...