Bukan Nak Menagis Simpati... Tapi Mau Jadi Kan Saksi Untuk Berubah.. Sila Berikan Komen2 Anda Tuk Direnung Kan...
Taubat adalah awal membersihkan niat beramal kekuatan tetap melangkah menggapai cita tanpa lelah Taubat adalah pertengahan dosa dapat tergugurkan penjagaan dari keterjerumusan tetap lurus dalam tujuan Taubat adalah akhir pengakuan dari sang faqir membersihkan noda yang ada menyerahkan pada yang Kuasa …

Thursday, 24 November 2011

Untung Kot Bila Jadi Orang Islam !!!



1. Bila saya memberi salam kepada seseorang ( bukan hi ! atau hello ! ), saya dapat pahala.

2. Bila saya memberi senyuman kepada seseorang, saya dapat pahala.

3. Bila saya membalas “sallallahu alaihi wassalam” ketika mendengar nama Rasulullah, saya dapat pahala 10           kali ganda setiap kali.

4. Saya sembahyang bersama keluarga jika tidak dapat ke surau atau masjid, saya dapat pahala 27 kali ganda.

5. Saya ajar anak saya perkara yang baik, saya dapat pahala setiap apa yang saya ajar, apa yang mereka amalkan dan orang yang tiru apa yang anak saya amalkan.

6. Saya baca satu perkataan dari al-Quran, saya dapat pahala 10 kali ganda untuk setiap perkataan (berapa yang boleh kita dapat kalau kita baca satu muka surat).

7. Saya mulakan apa – apa perbuatan (yang baik) dengan ‘Bismillah’, saya dapat pahala.

8. Saya memakai seluar yang singkat (atas sedikit dari buku lali), saya dapat pahala (sunnah Rasulullah S.A.W. memakai seluar cara begitu).

9. Saya dapat pahala bagi setiap kutukan terhadap cara saya pakai seluar seperti sunnah Nabi S.A.W.

10. Saya menyimpan janggut, saya dapat pahala.

11. Saya memakai jubah dan kawan saya meniru saya, saya dapat pahala kerana saya pakai dan kerana mereka mengikut saya.

12. Saya membuang email yang tidak elok, saya dapat pahala.

13. Saya memikirkan perkara yang baik – baik, saya dapat pahala.

14. Saya lakukan perkara yang baik – baik, saya dapat pahala 10 kali ganda.

15. Saya dapat pahala bagi semua cerita yang tidak elok yang saya tidak tengok di televisyen.

16. Saya dapat pahala bagi semua lagu yang tidak elok yang saya tidak dengar di radio.

17. Saya menghantar mesej – mesej info Islam, saya dapat pahala.

18. Saya membaca mesej – mesej info Islam, saya dapat pahala.

19. Saya melakukan apa yang diajar dalam mesej – mesej itu, saya dapat pahala.

20. Jika saya tidak yakin dengan maklumat tersebut dan mencari kebenaran melalui sumber – sumber yang betul, saya dapat pahala.

21. Jika kawan saya amalkan mengikut maklumat yang saya hantar pada mereka, saya dapat pahala.

22. Dan jika kawan saya tadi juga hantar maklumat kepada kawan mereka, saya dapat pahala.

23. Walaupun mereka itu hanya baca dan delete selepas membaca, saya dapat pahala.

24. Saya kawal kemarahan saya, saya dapat pahala.

25. Saya belikan gula – gula untuk anak saya, saya dapat pahala.

26. Saya beli kaset atau vcd berkaitan Islam, saya dapat pahala.

27. Saya tonton bersama dengan keluarga saya, saya dapat pahala.

28. Saya amalkan apa yang cd atau vcd itu ajar, saya dapat pahala.

29. Saya takutkan Allah lalu tidak membeli cd cerita yang tidak elok, saya dapat pahala.

30. Saya tidak tonton wayang, saya dapat pahala.

31. Saya minum air dengan pegang gelas menggunakan tangan kanan, saya dapat pahala.

32. Saya pergi membeli – belah dengan menutup aurat, saya dapat pahala.

33. Saya tulis ini, saya dapat pahala.

34. Anda baca ini, anda dapat pahala.

35. Anda ajak kawan anda baca artikel ini, kita semua dapat pahala.

Subhanallah !!! 


saya hanya dapat terangkan sedikit sahaja 
perkara – perkara yang kita boleh dapat pahala, 
insha Allah.
Cuba fikirkan pahala yang kita dapat daripada kita 
bersolat, berpuasa, mengajar, dan sebagainya. 


Subhanallah!!!

Glorify Allah Always
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar
Lahowla wolakuwatha illa billa
May Allah make us all the winners of His Jannathul Firdaus.


Amin 


p/s: Karangan Asal Adalah Bahasa Inggeris, Telah Saya Translate Kepada Bahasa Melayu

Sunday, 13 November 2011

Hobi Baru Yang Cool !!!


Assalamualaikum....


First sekali aku nak mohon maap kat pembaca yang sudi singgah ngan melawat blog aku ni yang dah lama tak update atas alasan takda masa nak update n perkara2 yang tak dapat di elakkan... Hehehheheh....

Kali ini aku nak kongsikan pasal kelebihan baca Al-Quran... Aku Dulu jarang gila nak baca... Pada satu hari tu aku try laa baca... Lepas tu esok nya aku lupa n malas nak baca... Sambil dok tergolek golek atas tilam sambil tutup mata, tetiba ternyiang nyiang bacaan Al-Quran aku baca semalam... Memang lama aku dok tergolek cuba nak tidur... Tapi memang tak dapat laa der bila bacaan Al-Quran dok kat kepala ni ha....

Terus aku bgun ambil air sembahyang, solat sunat pastu terus baca Al-Quran.... Alhamdulillah lepas baca 2,3 muka terus rasa tenang n trus tergolek balik ngan lena... 

Sekarang ni aku rasa kalau tak baca sikit sehari macam tak best n tak tenang langsung tau tak... Sekarang aku rasa hobi baru aku ialah baca Al-Quran... Walau pon sikit pahala nyer besar kot....

Antara kelebihan membaca Al-Quran ialah:-

1. Ibadah yang paliong utama dari segi bacaan

2. Pahala membaca satu huruf daripada Quran (menurut Ibn Majah digandakan 400x, Ibn Al-Jauzi digandakan 700x)

3. Balasan satu huruf yg dibaca ialah bidadari syurga, juga dikatakan balasan pokok di syurga

4. Mengikut Ibnu Abbas r.a pembaca Quran ialah seorang hartawan dan pahala membaca tidak akan putus

5. Selamat dari api neraka-mendapat kedudukan yg tinggi dan mulia bersama malaikat

6. Pada hari Kiamat, Al-Quran akan menjadi pembela

7. Pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan kemuliaan di syurga

8. Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat

9. Pembaca akan dimasukkan dalam golongan Siddiqin, Syuhada dan Solehin

10. Menjadi cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit

11. Jika di baca di dalam rumah, ajan memberi cahaya kepada rumah itu

12. Membaca secara tadarus(bergilir-gilir) mendapat ketenangan, rahmat dan dikelilingi para malaikat.

13. Pembaca yang mahir dan baik bacaan, diutamakan menjadi imam solat

14. Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari, mengajar dan menghayati ajaran quran

15. Mempelajari satu ayat lebih baik daripada solat sunat 1000 rakaat

Sumber : Buku bertajuk ” INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT “

p/s : Jadikan membaca Al-Quran sebagai hobi... Kalau yang tak reti baca tu cari laa cikgu.. Kalau nak jumpa aku pon boleh... Hehhehehe....

Thursday, 8 September 2011

Jangan Dok Tinggal Sedara !!!


Assalamualaikum.....
Cita ini aku dengar dalam satu buku cerita budak budak, nanti boleh cerita kat orang lain untuk sama-sama ambil pengajaran dalam cita ni....

Pada zaman dahulu, ada seorang pemuda alim yang bernama Yazzid. Dia seorang yang sangat patuh pada arahan Allah S.W.T dan meninggalkan larangan-Nya. Pada satu hari, Yazzid terdengar satu suara.

"Wahai Yazzid, nanti di akhirat kelak kau telah dijanjikan dengan Syurga yang indah. Di Syurga nanti, kau akan berjiran dengan seseorang. Maka esok kau pergilah mencarinya di satu perkampungan."

Apabila Yazzid tersedar, dia terus mencari jirannya di Syurga itu di perkampungan yang dinyatakan dalam mimpinya itu. Jalan punya jalan punya jalan. Yazzid pun tiba di perkampungan itu.

Lalu dia bertanya akan jirannya di Syurga itu kepada seorang penduduk di situ. Penduduk di situ menjawab, "Rumah orang yang kau nyatakan itu, berada di hujung kampung sana. Tapi, aku nasihatkan engkau agar tidak pergi kerana rumahnya berbahaya".

Yazzid pelik.. tetapi dia teruskan juga mencari jirannya di Syurga itu. Apabila tiba di rumah jirannya di Syurga itu, dia sangat terkejut. Melalui pintu rumahnya yang terbuka itu, dilihatnya ramai manusia yang menari-nari sambil meminum arak.

Yazzid sangat terkejut. Yazid membisik di dalam hati, "ish.. mustahil jiranku di Syurga tinggal di sini. Rumah ini penuh dengan peminum arak. Mustahil, mustahil."

Untuk menambahkan keyakinannya lagi. Yazzid menghampiri rumah tersebut lebih dekat. Di tengah-tengah manusia yang minum arak itu, didapatinya seorang lelaki yang sedang duduk sahaja. Tidak menari, tidak minum arak. Hanya duduk semata-mata. Yazzid bermonolog di dalam hatinya, "hurm...lebih baik aku pulang. Tiada apa yang jumpa di sini."

Apabila Yazzid mahu mula mengorak langkah pulang, tiba-tiba....

"Wahai Yazzid, jiranku di Syurga. Sudah mahu pulangkah engkau? Mengapa tidak masuk menjengukku. Bukankan itu tujuanmu datang ke sini? Sudah jauh engkau berjalan, marilah masuk sekejap."

Lelaki yang duduk di tengah-tengah mereka yang meminum arak itu memanggilnya. Yazzid terkejut kerana tiada siapa yang mengetahui tujuan kedatangannya ke sana melainkan dirinya dan Allah sahaja. Namun, diturutkan sahaja. Yazzid ikut lelaki itu masuk ke dalam rumah itu.

Yazzid berasa pelik dan sangat janggal berada di situ. Apabila melihat riak wajak Yazzid yang penuh kepelikan itu, lelaki a.k.a jirannya di Syurga itu berkata,

"Mengapa Yazzid? Pelik ke engkau? Wahai Yazzid, untuk pengetahuanmu, sebelum ini masih ramai lagi seperti mereka ini (sambil menunjuk ke arah manusia-manusia yang mabuk meminum arak itu). Namun, Yazzid, sudah ramai yang kembali ke jalan yang benar semula. Dan sekarang tinggal ini sahaja. Adakah engkau seorang sahaja mahu ke Syurga-Nya dan biarkan mereka ini tercampak ke neraka? Makanya, Yazzid, sekarang giliranmu telah tiba untuk menyeru mereka ke jalan yang benar..."

Apabila mendengarkannya, Yazzid terduduk mendengarnya lalu menangis....

Pengajaran yang dapat daripada kisah ini, kita sebagai saudara, patut dok nasihat sahabat-sahabat kita, saudara-saudara kita, kembali mengingati dan beriman kepada Yang Maha Esa......

p/s : Kita sebagai sahabat dan saudara depa, mahu tinggal di Syurga-Nya bersama-sama dan rasanya tidak ada sapa pong yang nak mencampakkan saudara dan sahabat kita ke Neraka dengan dok biar depa terus lari daripada Allah..... Harap dapat pengajaran daripada kisah ini. Wallahua'alam.

Dakwah Tu Tugas Sapa !!!


"Dakwah? Diri sendiri pun tak betul, ada hati nak tegur orang lain? Aku tak mampu lagi la, tunggu la sikit masa lagi."

Assalamualaikum....
Sebagai hamba Allah kat muka bumi ini, setiap muslim secara langsung tau tidak langsung, perlu la dok nasihat menasihati dan berdakwah antara satu sama lain...... Tanggungjawab itu sudah tercatat dari loh mahfuz lagi..... Kita bukan sesapa tuk menidakkan bender ini.....

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 30:

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat. Aku hendak menjadikan khalifah di bumi." mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?" Dia berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."

Ramai kat luar tu yang dok anggap seperti tu.... Mungkin depa tersilap faham pasai konsep dakwah yang betui betui...... Yelah, mana boleh nak berdakwah sedangkan diri sendiri pong masih tak betui dengan keseronokan duniawi..... Camaner nak berdakwah kalau diri sendiri pong kejap gitu kejap gini.... Tapi sekarang,aku sedar bahawa dakwah ni tugas setiap manusia yang diutus menjadi khalifah di muka bumi Allah ini sebenarnya..... Menurut tafsir Al-Quran, "Khalifah" pada ayat 30 ini bermaksud pengganti, pemimpin atau penguasa.... Manusia ni diutuskan ke muka bumi ini untuk mimpin dalam mencapai keredhaanNya.....

Tugas dakwah ni memang laa berat.... Aku akui kebenarannya.... Untuk diri aku yang baru mula bertatih ini, sememangnya kerja-kerja dakwah tu tidak mudah.... Kerana bukan semua mampu pikirikir seperti mana yang kita dok pikirkan.... Namun, itulah tugas seorang hamba Allah yang bernama Khalifah sebenarnya.... Tugas seorang hamba Allah yang perlu sentiasa tingkatkan diri sendiri dan menarik sahabat-sahabat bersama-sama berdiri di atas landasan iman yang kukuh.....

Seorang yang berdakwah perlu amalkan cara dakwah yang bersifat 'Qudwah hasanah' iaitu Dakwah melalui tauladan yang baik.... Contoh, kita kena tunjukkan contoh yang baik melalui perbuatan kita sendiri.... Salah satu contoh yang aku belajar adalah senyum..... Senyumlah kerana ia seindah suria..... Melalui senyuman, lebih mudah dakwah kita akan diterima dan ukhuwah juga boleh terjalin.... Betui tak....

Oleh sebab itu, senyumlah kat sahabat handai dan saudara mara kita ni ha.... Hangpa tak akan rugi apa-apa pong hanya kerana hangpa senyum..... Malah, hangpa akan bahagia.... So, perlulah diingatkan, senyumlah pada yang berhak sahaja.... Kepada para gadis muslimah senyumlah dengan penuh batasan yaa.... Jangan senyum melebih pulak....

Selain tu kita perlu bercakap dan berdakwah secara lemah lembut.... Tapi lemah lembut yang dimaksudkan bukanlah bermakna bercakap dengan nada mendayu-dayu macam ngayat awek dengan bukan muhrim ni.... Kalau perlu untuk bercakap dengan seseorang yang bukan muhrim, hangpa perlu lembutkan cara bercakap tetapi perlu juga tegas menyampaikan mesej yang hendak disampaikan.... Muslimah itu perlu mempunyai pendirian yang tegas dan bertutur dengan penuh hikmah.....

Ayat 159 Surah Aali-'Imran:

"Maka berkat rahmat Allah, Engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya Engkau bersikap keras dan berhati kasar,tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu. Kerana itu maafkanlah mereka dan mohonkanlah ampunan untuk mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakal."
Sahabat, kalau hangpa rasa lemah semangat untuk terus berjuang, renung-renungkanlah semula kisah nabi kita , Rasulullah s.a.w. Terlampau banyak rintangan dan dugaan yang baginda hadapi hinggakan baginda pernah dilemparkan batu oleh kaum Quraisy sehingga terluka.... Apalah sangat usaha kita hari ni berbanding kekasih Allah ini kan? Kuatkanlah semangat !!!. 

p/s : Aku harap agar hangpa teruskan warisan Rasulullah s.a.w ini iaitu berdakwah ke jalan Allah. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar! InsyaAllah... Jangan la bila orang dok nasihat hangpa perli TERIMA KASIH USTAZ..... Takperlu jadi ustaz kalau nak berdakwah dan jadi baik....

Tunggu Dapat Hidayah Ke Beb !!!


"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri." (Surah ar-Ra'd 13:11)

Assalamualaikum....
Di sini, kita semua tau bahawa perubahan tu akan wujud melalui usaha daripada diri kita sendiri. Kalau la kan kita ni tak mula dulu langkah tuk berubah, so kita akan dok selamanya dok di takok lama sampai mati... Yoo dak....

"Insya-Allah nanti bila sudah dapat hidayah saya akan pakai tudung."

Nii haaa contoh jawapan yang 'cliche' bila ditanya mengenai pemakaian tudung.... Wahh cakap mat saleh gitu... Ada banyak lagi kot ayat-ayat yang sering dok kita ungkapkan tuk dok tepis semua soalan masyarakat tentang diri kita atau sikap kita ni haa.... Padahal hidayah tak datang kepada kita, kita yang sepatutnya mencari hidayah Allah !!!

"Dah tua nanti aku berubah lah weh!"

Satu lagi contoh yang ngok sikit.... Kalau hati sendiri dah set kan bahawa hangpa memang tak mahu berubah, bagilah seribu tahun pun kehidupan dok camtu jer.... Hangpa rasa hangpa akan berubah? Tidak sama sekali gamaknya !!!

Tuk berubah sebenarnya, hangpa perlukan keinginan, ketetapan dan keteguhan hati...

Napa kita dok lihat banyak manusia yang mahu berubah ke arah kebaikan kecundang di tengah jalan ???

Ini kemungkinan besar kerana depa ni mempunyai keinginan tuk berubah, tapi hati budak2 ni tak cekal dan tidak tetap untuk berubah !!! Banyak main... Hahhahahah

Tapi, jika dak seribu daya jika takdak seribu dalih kata orang.... Hati itu asbab dan punca... Jika hati kuat maka akan kuatlah kita ni, jika tak, kalahlah kita ni.....

Berubah itu kaitannya hati sebenarnya dan jika hati itu tidak kuat, punya nawaitu yang tak tetap dan masih ada walau sekelumit keinginan untuk mengulangi sikap lampau kita, maka susahlah manusia itu untuk menetapkan diri pada perubahan ni.... Berubah takmau isap rokok sebab awek boleh... Kenapa kerana Allah Tak boleh... Hrmmmmmm....

Hati itu juga berkait dengan anggota.... Anggota itulah yang bakal meneguhkan hati ni.... So, bila bertemu keinginan yang lama, mata tidak boleh pandang, kaki tak boleh ngekori dan tangan tak boleh beragak-agak tuk sentuh atau melakukan.....

Sekali lagi aku nak tegas kan kat hangpa semua marilah kita semua hayati maksud di sebalik Firman Allah ini:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri."
Surah ar-Ra'd 13:11

(habis besar dah aku buat bagi hangpa semua nampak untuk dihayati)

Sekiranya jalan yang kita lalui itu sukar ketika kita ingin berubah, maka sebenarnya itu lebih baik daripada hangpa kembali dok bergelumang dengan selut dan lumpur di jalan lama.... Wahhh Ayat puitis gitu....

p/s: Ingat, ini hanya dunia. Berubahlah ke arah kebaikan untuk Akhirat yang kekal abadi nanti. Kitalah penentu nasib kita di sana !!! Bukan orang lain tau....

Namanya Disudut Hati !!!



Assalamualaikum......
Lama tak update blog kan... Nah kasi ni dulu tuk dibaca... Nanti nak tulis yang lain... Hehhehe...

Kusimpan namanya disudut hati,
Demi sebuah keredhoan,
Ya Allah kuatkan hati ini,
Bantu kami bermujahadah,

Ya Rabb..
Bantu kami, hambaMu,
Yang mencari,
Sedang mencari,
Dan masih mencari,
Erti cinta sejati..

Cinta dua insan yang dibatasi syariatMu,
Tanpa digugat setitik bisikan nafsu,
Yang ada hanyalah,
Sebuah ketagihan cinta,
Sebagai wadah menggapai cinta agungMu..

Ya Rahman...
Faqirnya kami, lemahnya kami,
Sungguh tak terdaya,
Segalanya milikMu,
KepadaMu segalanya dikembalikan..

Ya Muhaimeen,
Namun ku gusar..
Dengan mujahadah ini,
Apakah dia bisa setia,
Apakah dia bisa menunggu,
Apakah kami bisa tabah,
Higga ke akhirnya...

Ya Rabbul Izzati,
Engkaulah pemilik segala hati,
Peganglah hati-hati kami,
Peliharalah hati-hati kami,
Jagailah, bajailah dan siramilah hati-hati kami,
Dengan cahaya keimanan kepadaMu..

Agar kami bisa terus bermujahadah,
Hingga waktu menentukannya..
Ameen ya Rabb

Tuesday, 16 August 2011

Yeyeye Sok Cuti Nuzul Quran !!!


Assalamualaikum....
Memandangkan esok adalah nuzul Quran,tibe-tibe terdetik di hati ingin menulis tentang nuzul Quran..
mungkin ade diantara kita yang tak sedar atau pun langsung tak peduli tentang turunnya Quran..
apa yang mereka tahu (bagi sesetengah umat nih) cuti!
yayeyeyeeyye!esok cuti..
tapi pernah ke mereka tanya WHY?
HOW?WHAT?
mungkin ade yang teruja nak tahu dan ada yang sudah mengetahui..
tapi tidak mengapakan kalau aku just nak kongsi dengan korang semua..

ape yang dimaksudkan dengan nuzul?
nuzul maksudnya turun atau berpindah dari atas ke bawah..
dan ape pula yang dimaksudkan dengan Quran?
jangan hanya pandai membaca Quran tanpa mengetahui Quran itu ape..
Quran bermaksud bacaan atau himpunan..


peristiwa Nuzul Quran ni berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW..
Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia
sudah kita tahukan,Al-Quran terlebih dahulu menjelaskan mengenai prenatal stages..
dan barulah kemudian scientists menemui stages of prenatal development..
waaaaa... cakap omputeh aku... itu laa pentingnya english education.. hahah
seperti yang kita tahu,Al-Quran ni tidak turun sekali kedebuk seperti Al-Quran yang kita ade sekarang,
ayat-ayat Quran diturunkan secara berperingkat, dan kemudian dikumpulkan menjadi senaskhah 
Al-Quran yang kita baca setiap hari tuh..


p/s : hope,informasi yang pendek ni dapat memberikan sedikit manfaat kepada kalian semua dan beribadah laa pada Allah.....
Assalamualaikum.....

Monday, 15 August 2011

Awek Zaman Sekarang !!!


Assalamualaikum....
Now saya nak ceritakan tentang cinta n awek.. hahah... Korang nak tau tak yang cinta kita sebenarnya hanya pada ALLAH n bukan pada awek or balak... berkasih barulah pada manusia tau tak... So hangpa kenalah bercinta pada Allah 100%... Ni zaman sekarang asal jumpa awek or balak sikit dah jatuh cinta apa la.... Subhanallah... Cinta kita pada Allah pon tak seberapa ni nak bercinta kat manusia....

Zaman sekarang bukan main senang nak dapat 'awek'.... Umpama sekali petik jari jer dah boleh dapat.... Tu belum sampai tahap kenyit-kenyit mata sikit, bomkan ayat-ayat cinta sikit, 'confirm' dah boleh dapat.... Bukan satu lima pon boleh... Hahahha....

Ni satu citer lagi, zaman sekarang bukan main mudah untuk dapat 'awek muslimah'.... Tapi mungkin tidak semudah petik jari tetapi kalau bijak main kata kata, cuba ucapkan ayat-ayat berbaur keinsafan sikit, tunjuk gaya penampilan yang nampak alim cam Ustaz Amirul sikit, ucapkan kata-kata tazkirah 'confirm' dah boleh dapat punyer kan.... Subhanaallah... Munafik tu beb....

Haih!!! Inilah yang dok jadi bila terlalu kerap sangat dok tengok citer kat televisyen (drama/ realiti tv/ filem) yang konon-konon berbentuk keagamaan tetapi banyak yang tidak mengikut syariat yang betul kot.....

Patutlah budak zaman remaja yang tidak memahami konsep bercinta 'cintun' menganggap bahawa 'couple' itu dibenarkan dalam Islam asalkan tidak pegang tangan dan bersentuhan cukuplah untuk perkara itu menjadi halal..... Salah tu beb.... Islam tak pernah menghalalkan semua tu....

Hangpa nak tau tak  nafsu lelaki terangsang 30 kali sehari.... Dok berdua duaan pun dah dilarang dalam Islam, boleh menimbulkan fitnah.... Dan, bila ada dua, akan ada yg ketiga punya.... setan... Pertama kali buat memang takde pape, bila dah selalu buat ada rasa baru nak cuba buat yg lain kott.... Mesti punya...

Tetapi, zaman sekarang ni bukan main lagi payah tuk kita jumpa dan dapat hati Muslimah Mujahidah Solehah ni, kerana mereka ini bukan sebarang wanita beb..... Haiiis... Payoh bebeno....

Depa ni ialah wanita-wanita yang berpegang pada prinsip hidup!!! Bagi mereka ketegasan terhadap kaum Adam itu adalah satu mutiara dalam hidup mereka, sifat manja (gedik gedik gitu) terhadap kaum adam yang ajnabi langsung tak akan wujud dalam diri mereka!!!

Inilah contoh Muslimah Mujahidah Solehah!!! Jadi, wahai kaum hawa buatlah pilihan untuk berada di golongan wanita yang cammana.... Aku yakin!!! Hangpa sudah mampu berfikir yang baik dan buruk tentang sesuatu perkara.....

p/s : Aku sentiasa berdoa yang kita semua akan dapat pasangan dan jodoh dikalangan yang soleh dan solehah.... Aku bersyukur jika dpat n redha dengan ketentuan Ilahi... Amin...

Assalamualaikum....

Facebook Dan Kematian !!!


Assalamualaikum....
Harini aku nak citer sikit pasai kematian dan pasai FACEBOOK.... Citer kali ni agak menarik... aku dapat citer ni dari sahabat aku Wan Farhan... Sekali baca dah terpikir pasai mati... Kita hidup di dunia ni kan kene laa ingat mati... Cukup ke amalan kita nak bawak ke akhirat nanti... Amalan kita ni tak penah cukup... so apalagi.. Bukan susah pon... Beribadah laa pada ALLAH...
Mari Kita Renungkan Bersama!!!

Mai  kita pakat pikir-pikirkan bersama
jika satu hari nanti kita mati,
akaun FACEBOOK ini hanya kita yang tahu passwordnya kan
hanya kita yang boleh access..
Selepas kita mati..
Apa yang jadi pada akaun fb kita?
Mungkin ada yang akan ucapkan takziah...
mungkin ada yang selalu dok tengok bagi mengubat rindu...
Tapiiiiii....
Hangpa sedar tak???
Gambar-gambar kita
akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur!!!
Gambar-gambar yang tak tutup aurat dengan sempurna
macam mana nanti?
Kaum laki ajnabi (bukan muhrim) dok terus tengok....
Dalam masa yang sama, takdak sapa yang boleh deletekan gambar kita tu kan....
Walaupong dah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada kan....
Apa lagi saham dosa terus dok naik laaa....
Apamacam???
Pernah hangpa terfikir tak???
Tudung singkat yang  dok pakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur ker nanti???
Legging ngan jeans ketat sampai terkemut semuatu, boleh selamatkan kita ke???
Baju yang membalut aurat itu, cammana lak???
Rambut yang dok dilihat oleh bukan muhrim,cammana???


Mungkin sekarang ni kan
kita masih rasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar yang cantik
posing sana sini dengan aurat dok terbukak sana sini
tertonggek sana sini, terkangkang sana sini
di tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumi-Nya
tapi di akhir nanti.....
Semua itu tak akan membawa erti papa kan...
Semua hanya tinggal kenangan bagi yang masih dok idup ni...
Yang di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita kot...
Mai kita pakat cuba kita renung-renungkan....

Saham dosa yang dok terus meningkat walau setelah 
ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat..
Tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan..
Peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan...

jagalah maruah diri sebagai seorang islam
mati itu pasti
Persiapkan diri untuk menghadapi Kematian.

Friday, 12 August 2011

12 Barisan !!!

Assalamualaikum...
Di bulan baik ni n hari baik ni ek aku ada terbaca kat Fan Page Heliza Helmi.... Hahahha... Peminat setia kot.... Baca punya baca nampak laa satu tajuk iaitu 12 barisan di akhirat... Menarik kot citer ni... Cer korang baca... Kali ni aku copy paste ja dari laman sesawang... Hhahaha... Malam kang lak nak update baru.... Selamat membaca n selamat beramal.... Luv Islam....

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya:

“Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:
“Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris”
Surah an-Naba’:18

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan
basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab:


“Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku,
perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring,
dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan,
masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri….”

Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN 1
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki.
Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
“Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya,
maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”


BARISAN 2
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan.
Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat,
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”


BARISAN 3
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.
“Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah neraka…”


BARISAN 4
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.
“Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli,
maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka…”


BARISAN 5
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai.
Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
“Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”


BARISAN 6
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.
“Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”


BARISAN 7
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.
“Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah neraka…”


BARISAN 8
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
“Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”


BARISAN 9
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru
sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.
“Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya,
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”


BARISAN 10
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.
“Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya,
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”


BARISAN 11
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala,
gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan,
bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka
dan keluar beraneka kotoran.
“Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”


BARISAN 12
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar
laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat.
Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:

“Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik.
Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu,
ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat,
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,
mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih…”


p/s : Mudahan kita semua tergolong dalam golongan barisan ke12 ini… InsyaAllah..

Assalamualaikum....

Wednesday, 10 August 2011

Kalau Kita Sukakan Seseorang !!!


“Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya.. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa.”

Assalamualaikum.... 
Dengan nya pada hari ni.... Saya AMIRUL SYAFIQ BIN KAMARUL AZMAN... Telah belajar sesuatu n terbaca sesuatu.... Iaitu tulisan waner hijau diatas tu ha.... Hahahah... Ni bab jodoh, kapel or baru nak ngorat ni ha.... Ayat diatas ni aku terbaca kat wall seorang hamba Allah... Menarik kan...  Ayat ni memang menarik giler kot... Tak terpikir langsung selama ni... heheh....

Setelah dok tengok tengok laman sesawang ni pasal ayat ni... Dapat lak satu lagi bahan menarik ni...

“Dan jika anak Adam itu berpacaran sebelum waktunya, maka setengah dari kebahagiaannya setelah menikah nanti akan dicabut oleh Allah.. Jodoh itu tidak boleh ditukar.. Orangnya dah ditetapkan.. Cuma waktu berjumpanya yg boleh berubah. barangkali kita dah pernah jumpa. barangkali belum.. Barangkali takkan berjumpanya dan insyaAllah berjumpa di syurga nanti.."

So aku sekarang tengah dok berusaha, aku nak mujahadah agar cinta aku pada gadis tu tidak diketahui ataupun dia tak mencium bau cinta saya pada dia... Sebab cinta aku pada Allah masih belum besar lagi kot.... 

Ayat atas sekali tu memang tersemat dalam diri aku sekarang.... InsyaAllah, aku sebenarnya nak jaga perhubungan masa dok remajani, sebab dosa zina hati, zina mata memang berat kot seksaan di akhirat nanti... Nauzubillah....Segalanya aku mohon perlindungan Allah, minta dijauhkan laa dari bisikan dan godaan syaitan.... Hasrat aku buat masa ini ialah belajar dan belajar...

Aku sebenarnya takut la bincang pasai hal ini, sebab takut Allah menjauhkan aku dariNYA.., melaknat perasaan aku dan si dia bukan milik aku...

Kalaulah 'dia' adalah seungkap nama yang ditakdirkan untuk aku di luh mahfuz, aku redha je.... Jika bukan, aku tetap redha jugak...

p/s : Walau macam manapun kita semua tetap mesti mujahadah dan mujahadah sentiasa... Betul tak... Hehehhe...

Maksud : 
Luh Mahfuz - tempat yang mana ALLAH taala perintahkan kepada AL-QALAM untuk menulis semua perkara yang telah berlaku, sedang dan akan berlaku.... 3 perkara yang tertulis di luh mahfuz bagi setiap individu rezki, ajal maut, dan jodoh... wa ALLAHU a'lam...
Mujahadah - melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu.....

Assalamualaikum......

Alasan Basi Orang Ponteng Puasa !!!



Assalamualaikum....
Bila tiba bulan Ramadhan, semua umat Islam diwajibkan menjalani ibadah puasa selama sebulan... Tapi, ada jugak makhluk-makhluk yang malas berpuasa ni... Mereka dok nipu dengan bagi bagai bagai alasan.... Siot jer kan....

Apa alasan yang biasa digunakan oleh makhluk-makhluk yang malas puasa ni?

Gastrik
Penyakit yang paling popular bila Ramadhan menjelma... Hahahah..  Asal masuk bulan puasa ja, gastrik... Asal gastrik ja, masuk bulan puasa. Kalau betul betul sakit, takpela. Ini yang dok tipu sakit....
Sakit betui baru ada akai....

Datang Bulan
Hak ni pulak budak pompuan atau pengkid yang malas puasa selalu guna... Kalau betul datang bulan, memang la haram puasa.... Ni sampai sebulan haid, apa cita beb? Jangan ada lelaki yang menyamar jadi nyah semata-mata nak pakai alasan ni dahla. Heheh.. Tu lagi takleh blahhh... Kerat baru tau... Hahhaha

Tak Sengaja / Terlupa
Tengah sedap melantak sampai separuh kenyang, kantoi orang nampak.... Maka alasan terlupa digunapakai.... Kalau hari pertama puasa, mungkin boleh diterima.... Tapi kalau hari-hari terlupa, memang nak kena operate saraf otak tu.... Dah melampau sangat laa tu.... Tul tak kengkawan....

Lupa niat
Banyak laa hangpa lupa niat... Kalau terlupa niat tanpa sengaja, wajib niat dengan serta merta apabila teringat dan teruskan puasa.... Bukannya terus mentekedarah.... Kalau hari-hari lupa, kepala anda ingat apa sepanjang bulan Ramadhan ni? Biasakan diri sebelum tidur untuk berniat puasa..... Bukan payah pong nak niat.... Pejam mata pon boleh niat kot....


Dan banyak lagi laa alasan basi orang yang malas puasa ni sampai kadang-kadang tak munasabah langsung... Ingatlah! Ibadah puasa adalah Rukun Islam yang ke-3. Jangan dok cipta alasan-alasan auta untuk ngelak kewajipan yang telah difardhukan ke atas kita... Takut nanti tak mampu nak menjawab kat mahkamah akhirat.... Garu kepala laa weiii....


Hangpa tengok siksaan bagi orang yang membatalkan puasa dengan sengaja dalam hadis di atas ni haa... Camna pula dengan orang yang degil tidak mahu berpuasa sejak awal Ramadhan? Nauzubillah.. Sama-samalah kita renungkan ek.... Anggaplah ini Ramadhan yang terakhir untuk kita.....

p/s : Syaitan kena ikat... Tapi jangan pula anda yang jadi SETAN!!!

Puasa Tapi Tak Solat !!!


Assalamualaikum...
Masa aku dok tengah rehatkan otak tadi tetiba terpikir tentang satu soalan yang duk sering timbul setiap kali bulan puasa ni... Persoalan tentang PUASA TAPI TAK SOLAT” ni sebenarnya dah lama ditanya oleh seorang sahabat semasa bersekolah dulu.... Time tu memang rasa malas sangat nak solat.... Tapi puasa tetap puasa.... Hahahahah... Duit raya punya pasal kot.... Haha. Bila ditanya soalan macam tu, terasa macam sahabat tu perli-perli pulak... Tau la aku malas solat dulu (masa zaman jahiliah)..... Penyepak kang budak ni!!!

Dengan tungkus lusmus hasil carian keyword “PUASA TAPI TAK SOLAT” menghasilkan penemuan jawapan bagi persoalan tersebut... Ada banyak gak jawapan yang tersenarai kat laman carian Sesawang ni... Aku pilih mana yang aku rasa tepat atau hampir tepat atau yang aku rasa senang untuk difaham.... Tapi aku bukannya pandai sangat bab-bab ni... Kalau ada salah, tolong tegur ek.... Benda-benda kat internet zaman sekarang ni ada jugak info yang kita tak boleh percaya.... Ada je orang yang nak salahgunakan fungsi internet.... Hati-hati la ye...


SOALAN:
Apakah diterima puasa orang yang sengaja tinggalkan solat atau tidak tunaikan solat? Adakah perbuatannya itu akan merosakkan puasanya dan tidak diberi ganjaran pahala?

JAWAPAN:
Sebenarnya terdapat perbezaan di antara ‘batalnya ibadah’ dan ‘ibadah tidak diterima’. Kadang-kadang ibadah tersebut sah dan tidak perlu diulang semula hanya kerana ianya telah mencukupi rukun-rukun dan syarat-syaratnya. Namun dalam masa yang sama tidak diterima di sisi Allah SWT. Sebagai contoh, seseorang yang mendirikan solat dengan tujuan menunjuk-nunjuk (riak) ataupun dengan memakai pakaian curi.

Manakala orang yang berpuasa, sekiranya dia menahan diri daripada membuat perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan, minum dan syahwatnya, maka puasanya sah dan tidak batal walaupun dia telah mengerjakan perbuatan-perbuatan maksiat seperti menipu dan meninggalkan solat. Tetapi, walaupun sah ibadat puasanya, adakah ia diterima dan diganjari pahala daripada Allah SWT?


“Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan masih beramal dengannya, maka Allah tidak memerlukan (dia) untuk meninggalkan makanan dan minumannya”
Maksudnya, tiada makna dan faedah lagi puasanya jika individu terbabit masih mengeluarkan kata-kata nista ketika sedang berpuasa, apatah lagi sekiranya dia meninggalkan solat.

Hal yang sama berlaku kepada orang yang berpuasa tetapi tidak menunaikan solat. Puasanya sah dan tidak wajib mengulang puasa tadi walaupun dia telah meninggalkan solat. Sedangkan tentang masalah diterima atau tidak, hadith di atas telah memberikan penjelasan bahawa puasa tersebut tidak diterima.

Katakanlah, sekiranya puasa tersebut diterima dan diganjari pahala, namun perlu diingat bahawa dosa dan hukuman terhadap orang yang meninggalkan solat adalah suatu dosa yang sangat besar dan berat seksaannya. Ianya akan diletakkan di neraca timbangan pada Hari Kiamat, jika tidak diampunkan oleh Allah. Firman Allah SWT:
“Maka sesiapa yang berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya). Dan sesiapa yang berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)
Dalam ayat ini dan yang berikutnya, mengandungi galakan supaya kita jangan sesekali meninggalkan amalan-amalan baik walaupun sedikit, dan juga mengingatkan kita supaya menjauhi sebarang maksiat walaupun kecil....

ALLAH BERFIRMAN :
“Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang berbuat kejahatan, maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri. Dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hambaNya”
p/s : So hangpa ingat ingat laa oii... Kalau dah posa tu bawak2 laa solat sama... Tak ker banyak pahala tu dapat kan...

Assalamualaikum...

Tuesday, 9 August 2011

Gadis Islam Takmau Bertudung !!!


Assalamualaikum...
Di bulan Ramadhan ni aku dapat satu idea untuk buat entry pasal tudung ni... Ini disebabkan ada sorang sahabat ku tanya aku KENAPA ORANG SEKARANG SUSAH SANGAT NAK BERTUDUNG???...
N setelah aku kaji kaji n kaji lagi dapat laa aku dengar n lihat alasan alasan gadis tak bertudung ni...
Tapi  banyak alasan yang aku terima kot.. Sampai tak tertulis kot beb...  Tolonglah ubah dan cuci akal yg dah berkarat dek kerana gelapnya hati terima Islam yg sebenar!!!!  Berikut alasan n kenapa hangpa suka katakan :-
  • Depa jahil tentang dalil-dalil dari Al-Quran dan Al-Hadis mengenai kewajiban menutupi aurat dan bertudung. Depa kata, "Maaf yer bro, kami tak tau pun ek?" Budak2 ni juga jahil akan pengertian aurat. Depa tidak kenal dengan alim-ulama dan mereka juga tidak mahu atau mungkin tidak berpeluang mendekati alim-ulama. So, kalau dah tak tau usahakanlah untuk ambil tau... Yer dok... Hahhaha....
  • Alasan kedua, menutup aurat dan bertudung ni panas dan merimaskan lah.. Tapi hangpa tak pikir ke  betapa panasnya lagi neraka di kemudian hari yang mana akhirat itu adalah tempat yang lebih kekal berbanding dunia fana yang sementara ini. Emmm...tapi, kenapa ramai gak dok kata bahawa dengan bertudung dan menutup aurat ni, diri mereka berasa lebih selesa dan tenteram. Then, napa depa boleh, n hangpa dok sibuk kata tak boleh?....
  • Depa dok kata lagi, orang yang pakai tudung pun belum tentu baik perangainya. Jadi, tu ker alasan tuk hangpa tak pakai tudung haaa? Cer  citer cer citer...  Ok, so, hangpa tu dah baik sangatlah agaknyer yer... Sebenarnya dua-dua pun salah (sama-sama tak baik). Kalau perangai tak baik, itu pun tak elok. Then, kalau tak pakai tudung pun lagi lah tak elok. Sebenarnya, dalam kehidupan sebagai orang muslim, asasnya adalah ketaqwaan dan keimanan iaitu seberapa taat kita kepada ALLAH Tuhan Yang Maha Menciptakan kita.. Soal siapa baik tidak sepatutnya timbul. Tetapi, persoalan yang patut kita fikirkan ialah sapakah yang lebih takwanya disisi ALLAH. Adakah kita ni dah cukup baik di sisi ALLAH atau apakah usaha kita untuk menambahkan takwa kita ? Hangpa kata,pakai tudung mulut jahat,buat perkara jahat. anda kena faham. dia pakai tudung dan menurut perintah Allah. cuma sikapnya lebih kurang anda.tak faham erti sebenar kenapa anda ni dijadikan dalam dunia ni.nak jadi HAMBA ALLAH atau HAMBA DUNIA?. tak malu menegakkan dalil sendiri, padahal dah Allah tetapkan dan turunkan pakaian yg elok2 utk kita. kenapa mengingkar.mmg andalah manusia yg tak tahu erti syukur dicipta tu ape, malah blh pulak buat alasan pada Allah yg anda lagi baik dari org pakai tudung?mmg tak reti diuntung pada Sang Pencipta lah hangpa ni..
  • Baiklah, ada juga di kalangan gadis yang tidak menutup aurat ni sebenarnya tahu semua tu dan kira cerdiklah jugak kononnya sebab tahu aurat tu wajib ditutup (dengan sempurna). Tapi, macam ni pulak katanya, " Saya belum sampai serulah nak tutup aurat beb"... Tapi ni pun sebenarnya kategori kurang cerdik jugak ataupun mungkin tahap jahil! Dan mungkin juga sombong dengan ALLAH (ingkar dengan perintah ALLAH dan Rasul). Seolah-olah, ketetapan ALLAH tu macam tak penting jer dan boleh tangguh-​tangguh pulak yer. Tapi persoalannya, adakah nak mati tu ada tarikh-​tarikhnya yang diberitahu terlebih dahulu atau diseru terlebih dahulu, "Hei kamu, pada tarikh sekian-sekian, maka kamu akan dimatikan, maka bertaubatlah.​.​.​"​ ade ker? Hahaha... Ade ker dalam Quran kata, hukum tu boleh ditangguh-​tangguhkan ikut suka-suka hati jer? Belum sampai seru juga membawa maksud, hidayah belum sampai. Emmm, persoalannya, dah kalau ko tak usahakan dan cari hidayah tu, manalah nak datangnya hidayah tu? Dah kalau hidup ko pun sukakan kepada yang tak baik (melanggar ketetapan ALLAH) ada ker hidayah tu nak datang dekat pada diri kita?ingat yea, kalau haji tu mmg dah dilonggarkan jika berkemampuan. adakah anda tak berkemampuan tak menutup aurat ni? kasihan..
  • Lagi, depa dok rasa depa dah cukup bagus dan bergaya dengan gaya yang mereka tampilkan... Depa dok fikir, itulah gaya yang up to date dan moden. Tetapi persoalannya, apakah tujuan sebenarnya kehidupan kita di muka bumi ini? Tak terfikirkah anda adakah gaya yang anda tampilkan itu menepati kehendak ALLAH S.W.T dan cukup bagus disisi-NYA atau pun tidak? Hei hei hei, anda jangan dok nak memalukan umat Islam! Islam kan ada gayanya tersendiri. Kenapa nak ikut gaya yang bukan milik Islam (boleh mengambil budaya lain dengan syarat tidak melanggar batas-batas yang ditetapkan). Tahu tak?Tindakan anda itu seolah-olah mengatakan bahawa ketetapan ALLAH itu tidak cantik! So, secara tak sengajanya anda telah menghina ketetapan ALLAH dan ianya merupakan kesalahan yang amat-amat besar! Dan ketahuilah bahawa, disisi orang yang benar-benar beriman, yang paling indah itu adalah segala yang menepati kehendak ALLAH. Dan, sebaik-baik wanita ialah wanita yang solehah. bila anda menghina ciptaan ALLAH tu, anda renung diri anda dalam cermin balik. siapa yang cipta anda? kalau anda percaya ALLAH yang cipta anda, maka yg hangpa hina tadi termasuklah anda sekali. seronok menghina diri sendiri ye.... Kah Kah Kah... Best kan dok hina diri sendiri....
  • Alasan tak munasabah seterusnya, "Hey u, kami tak tau pun, penting sangat ke perkara ni?" Depa mungkin tak faham secara keseluruhannya apa itu Islam. Inilah yang paling menyedihkan. Mengaku Islam tetapi jahil sejahil-​jahilnya. Dah mcam lagu dah ayat aku ni... ​ Dan lebih teruk lagi, depa ni sombong tuk menimba ilmu yang berkaitan.jadi kehulu-kehilir lah anda dengan ic ISLAM, tapi jahil dalam mentaddburi surah An-Nur yang dah berkurun lama diturunkan.....
  • Lagi "Apa baiknya tutup aurat ni haaa cer citer cer citer?" Paling teruk lagi,depa mungkin meragui Al-Quran. So, kenapa tak kaji bersungguh-​sungguh Al-Quran? Sedangkan, orang yang bukan Islam pun boleh dok masuk Islam bila depa paham akan Islam dan Al-Quran dengan baik! Tapi, macam mana dengan kita yang dah Islam ni? Tahukah kita betapa indahnya Islam?Mana kita dok tahu, kalau dah budaya yang kita ikut pun budaya bukan Islam.....
  • Lagi alasan uneducated, "Hang nak tau beb, orang yang hebat-hebat macam menteri, professor, doctor, artis dan cikgu saya pun tak pakai tudung kenapa mesti i pakai tudung?" Emmm... Kenapa hangpa nak tengok kepada title dan darjat? Kenapa anda tak nak tengok kepada orang-orang yang beriman dengan baik terhadap suruhan ALLAH? Kenapa tak kaji, atau tanya orang yang pakar bab-bab agama? Hangpa yakin ke, hanya dengan title professor, darjat, menteri dan sebagainya, dapat dok bawa kita kepada keredhaan ALLAH sedangkan kita tak peduli dengan perintah ALLAH dan sentiasa melanggar larangan-NYA tanpa pernah memikirkan untuk bertaubat dan mencari kebenaran...Hangpa tak pernah dengar ye, diakhirat nanti bukan depa depa tu yang bagi syafaat pada anda melainkan Allah Ya Rahman. kalau yg bertitle tu tak pakai tudung hangpa dok ikut sangat.. jadi kalau mereka terjun bangunan pun anda ikutlah? mudahnya prinsip hidup hangpa ni kan..macam dicucuk tali kat hidung pastu bak mai aku tarit bawak gi jalan2... hahaha
  • Mereka juga mungkin boleh kata begini, "Eh! Astora Jabat kata boleh apa tak pakai tudung, bukan salah mana pun?" Mungkin juga hangpa ni orang-orang dan pengikut Astora Jabat kot! (ada ke yang tak kenal astora jabat? Orang yang dianggap banyak menyelewengkan fakta agama melalui tulisannya di akhbar-akhbar perdana). Mufti pun dah sepakat mengatakan Astora Jabat ni orang yang bermasalah, anda nak ikut jugak ker? @ Orang gila... Hahaha... Adik ayah pin baju...
  • Akhir sekali, depa ni memang tak mahu terima kenyataan terhadap kebenaran yang hakiki. Hati mereka penuh dengan kebencian terhadap kebenaran. Depa selalu kata kata, "Eh, aku punya suka la! Ko apa sibuk? Kecoh laa lu mamat.. Kalau berdosa pun, aku yang berdosa, bukannya korang!" Kalau dah sampai tahap ni memang tak tau nak kata apalah. Hanya ALLAH yang boleh menyelamatkan budak cam gini... Itu pun jika DIA menghendakinya.​ Dan ketahuilah, sesungguhnya ALLAH sentiasa menghendaki kamu bersegera kepada taubat. Tetapi kamulah yang selalunya bertindak sombong dan bencikan kebenaran yang telah ditetapkan oleh ALLAH.ayat selalu yg anda2 gunakan "kubur masing2 okay!" memang. tapi Allah akan tanya kami, kenapa tak tegur jiran kubur semasa hayat hidup hangpa? saya memang nak masuk syurga ALLAH, tapi saya nak masuk bersama-sama hangpa... sebab saya sayang hangpa semua.  Hangpa tau tak kenapa aku sayang hangpa? sebabnye kita semua ni adalah saudara... Kalau aku boleh sayang diri hangpa yg dah berii banyak alasan dalam melaksanakan perintah ALLAH SWT, kenapa hangpa taknak sayang diri hangpa sendiri wahai gadis gadis?

So sekarang mai sama-samalah aku, hangpa atau kita semua sekali muhasabah segala kesilapan kita. Fikir-​fikir n renung renungkanlah... Selamat beramal... Hahahhah

Renungan:
Menutup aurat adalah seruan dan perintah daripada Yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, ALLAHU AKBAR. Apakah kita harus meragui akan hikmah yang tersirat disebalik pemakaian tudung dan seterusnya penutupan aurat ini? Hijab, tudung dan penutupan aurat secara lengkap adalah lambang kepada keindahan dan kehebatan wanita disisi ALLAH dan orang-orang yang beriman. Ia juga adalah lambang kepada penolakan budaya jahiliyyah setelah kedatangan Islam. Hijab, tudung dan penutupan aurat secara lengkap juga adalah merupakan identiti atau lambang agung kepada kesucian hak dan maruah wanita disisi Islam (agama yang benar dan suci). Islam bukanlah agama yang mengejar gaya dan identiti yang menjahanamkan. Penutupan aurat juga bertindak menutupi beberapa lompang kelemahan wanita (menutup mata keghairahan orang-orang yang tidak beriman). Wanita Islam bukanlah simbol seks yang rendah akhlaknya seperti wanita-wanita barat (bukan Islam)yang memegang fahaman sesat yang seolah-olah bertindak untuk kembali kepada zaman jahiliyyah yang tidak bertamadun. Akhir kata, penutupan aurat juga membawa makna kita adalah tergolong dalam golongan orang-orang yang taat kepada ALLAH S.W.T. dan semoga kita ditempatkan di dalam kalangan orang-orang yang soleh-solehah hendaknya..(renungan ni dishare dari sahabat)

Persoalan: 
Alasan di atas sebenarnya tidak terhad kepada isu tudung dan aurat sahaja sebenarnya tetapi mungkin juga kepada skop-skop dan aspek-aspek yang lainnya....

p/s : Maafkan aku jika hangpa berkecil hati.. Aku rela dibenci hangpa kerana menegur perbuatan sombong hangpa... Dari aku dibenci ALLAH SWT kerana tidak menegur hangpa.. Inilah tanggungjawab kita semua... heheheh..Sekian...

Assalamualaikum.... Heheheh

Wednesday, 27 July 2011

Munafik VS Hipokrit !!!


Assalamualaikum...
Aku baru jer tengok citer Cerekarama Takbiratul Ihram yang dilakonkan oleh Remy Ishak... Best citer tu..
Citer tu mengenai orang yang munafik... Korang semua patut tengok citer tu....
So arini aku nak citer laa sikit mengenai orang munafik ngan orang hipokrit....
Aku rasa sama ja dua ayat ni....

Aku masih lagi terngiang-ngiang lagi kat telinga ini tentang seseorang yang rasanye kurang pengalaman dan masih cetek ilmu tetiber..mengeluarkan ayat "awak semua ni munafik!!!"..terkejut aku dengar ayat tu..

Ayat tersebut diluahkan oleh seseorang hamba Allah yang masih cetek ilmu kurang pengalaman, masih lagi mentah untuk berkata-kata seperti itu..

Aku ni pon bukan laa pandai sangat tetang agama ni, tapi  terkesima jugak la dengar kata-kata tu camtu....

Cetek sungguh ilmu, bercakap tak pikir sedangkan diri sendiri tidak paham apa itu munafik, sedangkan ustaz bagi ceramah pun akan meluahkan kata seperti "jangan jadi macam orang munafik"..siapakah kita?layakkah kita nak berkata kepada seseorang itu munafik..

Sedangkan maksud munafik itu sendiri dari segi bahasa, munafik membawa maksud berpura-pura... Manakala dari segi istilahnya, nifaq atau munafik ini bermakna golongan yang berpura-pura menjadi Islam atau bergelar Muslim tetapi sebenarnya tindakan, perkataan dan perbuatan mereka adalah bertujuan meruntuhkan Islam,'' contonhya mengaku islam hanya pada mulut tetapi masih lagi melakukan perbuatan yang dilarang Allah, suruhan ditinggalkan..masih lagi meneguk air syaitan, mulut apabila ditanya agama apa? jawapan masih lagi agama islam, tetapi perbuatan tingkah laku, gaya hidup tidak menunjukkan islam, masih tunjukkan kekufuran pada Allah....


MUNAFIK/ NIFAQ
Pura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah

CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK
Berdusta apabila bercakap
Khianat apabila diberi amanah
Bersikap melampaui batas apabila bertengkar
Selalu mungkir janji

CARA MENGELAKKAN DIRI DARI MEMILIKI SIFAT NIFAQ
Meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah
Bercakap benar apabila berbicara
Bersifat jujur dan amanah
Menunaikan janji

AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIKAP NIFAQ
Menghilangkan sikap percaya-mempercayai
Melemahkan perpaduan masyarakat
Menghancurkan kekuatan umat islam

Bagaimana pula dengan hipokrit?
Hipokrit dan munafik apa bezanya?? dari segi bahasa nampak macam sama kan..hipokrit jika digunakan dalam istilah munafik, munafik bermaksud hipokrit terhadap agama
hipokrit bermaksud mengeluarkan kata-kata atau kepercayaan yang x tetap pendirian, hidup dok berpura-pura tak seperti yang digambarkan..

Depan cakap lain, belakang cakap lain..depan tunjuk baik belakang pijak semut pun tak mati.. Orang yang bercakap tentang dirinya tetapi tidak seperti yang diperkatakan..

p/s : So korang jauh kan laa sikap munafik or hipokrit ni.... kalau ade kengkawan kita dok bersikap camni sila nasihat dia... jika tak makan jugak jauh kan laa orang camgini... hehehe... Wassalam

Di Sebalik Surah An'Nur 26 !!!



Assalamualaikum....
Hari aku tertarik ngan surah ni... Sebab nyer ade seorang sahabat aku ni tetiba bagi sms tentang ayat ni...
Aku tanyer laa dia apa maksud sebenar ayat ni... Dia cakap tanyer laa Cik Google... Hahahahha
So hari ni aku pegi laa tanyer Cik Google tu.... Lepas tanyer dan kaji nyer ini lah result NYER....

Ayat ini disebut turun sempena peristiwa fitnah ke atas A'isyah radiallahu anha. Maksudnya, seseorang yang bersuamikan orang yang baik, dia juga adalah orang yang baik. Memandangkan A'isyah bersuamikan Rasulullah s.a.w. yang baik, maka A'isyah juga adalah baik.

Kaedah tafsir menyebut :
Sebab-sebab turun sesuatu ayat tidaklah membatasi pengajaran ayat tersebut jika ia (ayat itu) diturunkan dengan lafaz yang umum...

Kaedah tafsir juga menyebut :
Ayat yang bersifat umum hendaklah difahami secara umum melainkan wujudnya nas lain (sama ada drpd al-Qur'an atau hadis yang sahih) yang mengecualikan keumuman tersebut...

Pengecualian memiliki beberapa peranan, antaranya ialah menerangkan fungsi sebenar sesuatu ayat yang umum tadi.

Kaedah tafsir juga menyebut :
Ayat yang bersifat perintah, penegasan dan penetapan hendaklah diungguli di atas ayat yang bersifat pengkhabaran dan anjuran.

Kaedah usul pula menyebut :
Sesuatu istilah atau ayat hendaklah difahami berdasarkan keseluruhan petunjuk syari`at, sama petunjuk jelas (qath`i) yang berdiri dengan sendirinya atau petunjuk samar-samar (dzanni) yang apabila dihimpun bersama dapat mengarah kepada satu petunjuk yang jelas juga....

Berdasarkan 4 kaedah ini, boleh dibahas ayat 26 surah al-Nur di atas sebagai :

Pertama :
Sekalipun ianya diturunkan kepada A'isyah radiallahu `anha, keumuman ayat tersebut menjadi pembimbing bagi seluruh umat agar mencari yang baik sebagai pasangan hidupnya....

Kedua :
Kes Nabi Nuh `alaihi salam dan isterinya, Nabi Lut `alaihi salam dan isterinya serta kes Asiah radiallahu `anha dengan suaminya Fir`aun adalah pengecualian daripada keumuman ayat di atas....

Pengecualian 3 kes di atas dan lain-lain menunjukkan ayat 26 surah al-Nur bukanlah penetapan Allah ke atas manusia tetapi adalah pengkhabaran Allah kepada manusia tentang apa yang sepatutnya dijadikan bimbingan oleh mereka....

Ketiga :
Ayat 26 surah al-Nur bersifat pengkhabaran manakala saling menasihati, berdakwah dan Hisbah (`amar maaruf & nahi mungkar) antara sesama manusia, juga antara sesama pasangan suami isteri, adalah merupakan perintah sama ada di dalam al-Qur'an atau al-Hadis. Mencari pasangan yang terbaik dari sudut agama juga merupakan suruhan agama (Hadis Sahih Muslim)....

Justeru ayat 26 surah al-Nur di atas tidak boleh mengenepikan usaha mencari pasangan yang baik, saling menasihati, berdakwah dan Hisbah (`amar maaruf & nahi mungkar) sesama pasangan suami isteri....

Keempat :
Istilah "Baik" dan "Jahat" hendaklah difahami berdasarkan keseluruhan petunjuk syari`at dan bukan mengikut tafsiran manusia yang terbatas.....

"Baik" di sisi Allah ada yang faedahnya serta merta dapat dikesan oleh manusia dan ada yang faedahnya hanya dapat dikesan oleh manusia setelah beberapa tempoh, malah mungkin tidak dapat dikesan langsung sepanjang hidupnya.

Sebagai contoh: Adakalanya sesuatu kejahatan di sisi manusia adalah jalan yang mengarah kepada kebaikan di sisi Allah, sebagaimana kejahatan Fir`aun adalah jalan yang telah menaikan darjat Asiah sebagai salah satu daripada 4 wanita termulia di dunia.

Maka dari sudut yang lain, Fir`aun adalah seseorang yang "baik", kerana dengan kejahatannya Asiah telah mendapat darjat yang mulia manakala manusia pula, dengan membaca kisah Fir`aun dalam al-Qur'an, dapat menjadikan dia sebagai teladan untuk membaikan diri mereka.


p/s : Maka konklusi yang aku dapat ialah Allah sentiasa memberi yang terbaik, namun kadang kadang Allah memberikan sesuatu yang buruk bagi mencapai kebaikan itu.... Wassalam..

Tuesday, 26 July 2011

Oprah Winfrey Dan Kebenaran Islam !!!

Assalamualaikum.....
Baru2 ni saya baru saja menonton dan terpesona dengan salah satu episod talk show paling popular di dunia, iaitu The Oprah Winfrey Show.

Dalam episod yang ditayangkan itu, fokus bual bicara adalah tentang diskriminasi terhadap umat Islam. Ceritanya tentang seorang lelaki dari AS yang benci terhadap Islam diajak tinggal bersama sebuah keluarga Muslim selama sebulan dan disuruh ‘menyamar’ sebagai seorang Muslim, lengkap dengan janggut dan pakaian yang dipakai oleh orang-orang Arab. Salah satu misinya adalah untuk mengetahui kehidupan seorang Muslim yang sebenarnya dan merasakan sendiri bagaimana menjadi seorang Muslim yang sering menerima diskriminasi oleh kebanyakan warga AS.

Pendek kata, dia dapat memahami dan mengalami sendiri bagaimana pahitnya menjadi seorang Muslim yang dicurigai hanya kerana memeliki janggut dan memakai pakaian islam yang sopan, padahal semua tuduhan itu sama sekali tanpa bukti. Dia telah berjalan jalan di kota dengan penampilan seperti itu, dan kebanyakan respon yang diberikan orang sekitar terhadapnya sangat menyakitkan.

Bahkan sebagian besar warga AS yang diajaknya berbincang secara bersemuka menolak untuk tidak mendiskriminasikan umat Islam kerana mereka yakin dan percaya bahawa semua Muslim adalah pengganas.

Di sudut lain, 30 hari yang dihabiskannya bersama sebuah keluarga Muslim benar-benar menunjukkan sebaliknya dari apa yang dia jangkakan selama ini. Dia merasakan bahawa keluarga itu sangat bahagia, walaupun banyak yang tidak difahami, namun dia mengakui bahawa banyak masalah dapat diselesaikan dengan ajaran Islam.

Salah satu kisah yang paling menarik adalah ketika lelaki itu duduk berdua duaan dengan isteri tuan rumah di sebuah ruangan rumah.

Kemudian tuan rumah datang dan mengatakan bahawa dalam Islam tidak dibenarkan berduaan duaan di tempat yang tidak mempunyai orang. Ini kerana pihak ketiga akan muncul iaitu Syaitan yang akan menggoda manusia melakukan maksiat.


Perkara ini di fikirkan oleh lelaki bukan islam tersebut dan berfikir ini adalah prinsip yang benar-benar gila. Tetapi di hadapan Oprah dan semua penonton di studio ketika itu, akhirnya dia mengakui bahawa prinsip hubungan diantara berlainan jantina dalam Islam seperti yang dialaminya benar-benar dapat menyelesaikan banyak masalah yang terjadi dalam pergaulan sosial di AS yang serba bebas.

Pencabulan, perzinaan, sex songsang, sehinggakan penyebaran HIV / AIDS pun dapat dicegah dengan jalan Islam, lebih efektif daripada cara apa pun dan tidak memerlukan kos.

Pengakuan ini membuatkan saya terkejut mendengar pengakuannya. Saya tidak menyangka seorang bukan islam dengan begitu beraninya mengakui kebenaran Islam di hadapan jutaan penonton melalui televisyen.

Walaupun saya mengakui keberanian Oprah dalam mengangkat cerita cerita yang kontroversi, saya tetap terkejut melihat bagaimana dia berani mengenengahkan cerita ini di sebalik arus media yang berterusan menghentam umat Islam yang dikatakan pengganas

Anda boleh melihat sendiri betapa buruknya Islam di pendangan mata kebanyakan orang. Oprah telah membuka jalan bagi syiar Islam, iaitu dengan membuktikan bahawa keteladanan akan menghancurkan semua kesimpulan dan tanggapan yang salah.

Kalau mereka tidak mahu percaya pada kata-kata, maka buktikanlah dengan perbuatan. Buktikanlah bahawa umat Islam bukan pengganas. Kita harus membuktikan bahwa kita adalah sebenar-benarnya umat terbaik (khairu ummah) yang mampu memberikan penyelesaian bagi setiap masalah. Kita harus menjadi umat yang menyenangkan, bukan menjadi beban kepada dunia.



Dan kita memang mampu memberikan penyelesaian yang paling bagus, asalkan kita terus berpegang pada Al-Qur’an dan Al-Hadits. Tidak ada petunjuk yang lebih jernih daripada keduanya. Sesungguhnya kebenaran adalah kebenaran. Tidak peduli ras mana pun, bangsa apa pun, atau bagaimana pun keadaannya, kebenaran akan selalu diterima sebagai kebenaran. Kalau mereka menolak, mungkin kerana mereka belum melihat buktinya.

p/s : Tugas kita sekarang adalah memberi pembuktian.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...